CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 95|Reply: 0

[Sarawak] Polis berkas lelaki warga tempatan bersama 30kg ganja

[Copy link]
Post time 7-4-2025 02:37 PM | Show all posts |Read mode


Dadah yang disyaki ganja seberat 30kg yang berjaya dirampas oleh pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak dan BSJN Miri pada Isnin lalu.

MIRI: Polis berjaya merampas dadah disyaki ganja, seberat 30 kilogram (kg) dan memberkas seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun, hasil serbuan di Jalan Miri-Bypass di sini, petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu, dalam satu kenyataan polis di sini, semalam, mengesahkan penahanan lelaki terbabit yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di daerah Miri dan rampasan berhubung kes tersebut.

Berikutan tangkapan itu, suspek kemudian dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Miri untuk tindakan lanjut.

Terdahulu katanya, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak dan BSJN Ibu Pejabat Polis Daerah Miri telah membuat serbuan di kawasan Jalan Miri-Bypass di sini.

"Dalam serbuan yang dilakukan jam 3.30 petang, 31 Mac lalu, polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun untuk tujuan pemeriksaan kerana disyaki terlibat kegiatan pengedaran dadah.

"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, pasukan serbuan telah menjumpai barang disyaki dadah jenis ganja seberat 30 kg dan dianggarkan bernilai RM93,000," katanya.

Sehubungan itu kata Alexson, kes disiasat lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan disebat tidak kurang dari 12 kali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu menurut beliau, suspek yang dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk mendapatkan permohonan reman telah diperintahkan supaya direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Justeru, Alexson menasihati orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah supaya segera melaporkannya ke balai polis berhampiran agar aktiviti seperti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2025 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.057957 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list