CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1318|Reply: 0

Lena dibuai mimpi, ditemani bunyi unggas waktu pagi di resort mewah dalam hutan

[Copy link]
Post time 5-4-2025 09:23 PM | Show all posts |Read mode

MENCARI panorama percutian berkonsepkan kehijau di luar negara adalah sesuatu yang agak unik kerana ia lokasi agak sukar dicari berbanding Malaysia.

Pagi ditemani bunyian burung berkicauan, suasana hutan ataupun pantai seperti di dalam filem adalah sebuah pengalaman percutian mewah yang sungguh menakjubkan menakjubkan.

Ditambah pula ruang kediaman percutian serba mewah cukup lengkap dari pelbagai aspek. Jauh dari hiruk pikuk kota, eksklusif dan moden mampu mengubah minda.

Majoriti kongsi empat destinasi percutian buat penggemar alam semula jadi yang menginginkan pengalaman cuti mewah dikelilingi kehijauan luas terbentang.


Tierra Chiloe, Amerika Selatan

Kediaman Tierra Chiloe cukup hebat dengan pemandangan laut biru dan bukit yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan hijau.

Tampil menjadi antara rekaan hotel yang paling unik di kepulauan Chiloe, Amerika Selatan, lokasi kebanggaan masyarakat di sana menawarkan pemandangan pulau-pulau yang menakjubkan dari 12 bilik eksklusif.

Ia dibina untuk mengoptimumkan penggunaan sumber yang boleh diperbaharui, sekali gus memberi manfaat kepada komuniti tempatan melalui peluang pekerjaan serta impak kepada dunia sambil menawarkan setiap elemen kemewahan.


Nikmati pengalaman menaiki bot yang santai melalui laluan air tenang sambil melihat pelbagai hidupan liar.

Selain itu, tetamu juga dapat mempelajari tentang legenda dan adat tempatan.

Six Senses Koh Yao Noi, Thailand

Six Senses Koh Yao Noi mengolah sebuah kawasan desa yang tenang menjadi lokasi mewah dengan pembinaan 56 vila di tengah-tengah bekas ladang getah.

Walaupun terdapat banyak kawasan pokok getah yang telah dibuang, beberapa pohon gergasi masih dikekalkan sebagai lambang ikonik tempat tersebut.

Keluasan landskap yang luas itu direka khusus untuk memelihara flora dan fauna asli yang masih tidak disentuh.

Resort tersebut turut memfokuskan pada pembangunan komuniti dan penggunaan sumber asli di sana.

Sama ada anda pergi meneroka di kebun mangga bersebelahan, snorkeling atau sekadar berehat di kolam renang peribadi dikelilingi kehijauan subur, ia pasti menjanjikan pengalaman luar biasa.


Treehouse Hideaway, India

Jangan disangka negara India tiada destinasi berkualiti lagi mewah. Hayati pengalaman Jungle Book sebenar yang terletak tinggi di atas puncak pokok di rizab harimau paling popular di India iaitu Taman Negara Bandhavgarh.

Terbentang luas di kawasan hutan, Treehouse Hideaway memberikan keseimbangan sempurna antara gaya desa dan kemewahan.

Kesemua lapan bilik khas dan bergaya itu menawarkan pemandangan landskap menakjubkan sambil ‘ditemani’ aura hidupan liar.

Bahkan, rumah pokok berkenaan dibuat daripada bahan sumber tempatan menggabungkan persekitaran semula jadi.


Haiwan liar berkeliaran? Ia tetap berada dari zon pemerhati yang dibina khas buat tetamu.

Treehotel, Sweden

Tiada yang lebih mengasyikkan atau mewah daripada kediaman yang terapung di antara pokok.

Premis Treehotel lapan bilik yang terletak di hutan Swedish Harads, Sweden memberi tumpuan kepada alam semula jadi dengan pandangan bilik rumah dengan pokok yang berbeza.


Dipenuhi dengan kemudahan mewah, pelancong boleh menikmati suasana hutan yang tenang dan damai mengelilingi anda.

Hotel itu turut merangkumi kelestarian di seluruh kawasan, termasuk makanan sumber tempatan untuk restoran di sekitar lokasi.

Malah bilik baharunya, Biosfera mempunyai 350 rumah burung di bahagian luar bilik.

Ini bukan sahaja memberikan tetamu pemandangan alam semula jadi menakjubkan, tetapi membantu mempromosikan pemeliharaan sarang dan spesies di dalam hutan.

Bagi yang belum merancang destinasi percutian, apa kata senaraikan empat lokasi ini untuk dipertimbangkan kelak. Cuti persekolahan yang jatuh pada perayaan Aidilfitri tentunya untuk berkumpul sesama keluarga dan bertukar-tukar pandangan, lebih-lebih lagi mengatur percutian mega. — Majoriti

[size=1.125em]

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.040244 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list