CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki larikan kereta bersama anak istimewa di Pulau Pinang, ditahan di Behrang

[Copy link]
Post time 1-4-2025 12:45 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki larikan kereta bersama anak istimewa di Pulau Pinang, ditahan di Behrang

BERNAMA - Mac 31, 2025 @ 4:44pm




Foto hiasan



GEORGETOWN: Polis menahan lelaki yang melarikan sebuah kereta bersama seorang kanak-kanak lelaki istimewa berusia lima tahun di Masjid Kampung Banggol, Pokok Sena, Tasek Gelugor, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, pengadu yang juga bapa kanak-kanak berkenaan meninggalkan kenderaan jenis Honda BR-V dalam keadaan enjin masih hidup di kawasan parkir masjid, bagi memujuk anak perempuannya yang berusia setahun.

Beliau berkata, seorang individu tidak dikenali mengambil kesempatan melarikan kenderaan berkenaan bersama kanak-kanak itu.

Katanya, bapa kanak-kanak itu yang berusia 41 tahun cuba mengejar tetapi gagal.
.
"Dalam jam 3.45 pagi ini, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang mengesan kenderaan terbabit di sebuah stesen minyak R&R Behrang, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke selatan, dengan suspek ditemui tidur dalam kenderaan dan enjin masih hidup.

"Apabila diminta membuka pintu, suspek enggan dan cuba melarikan diri dengan mengundurkan kenderaan sehingga melanggar kenderaan polis di belakangnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata, polis terpaksa memecahkan tingkap kenderaan dan suspek cuba melawan ketika tangkapan dilakukan.

Bagaimanapun, polis berjaya menahannya dan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan tanpa kecederaan.

"Siasatan mendapati suspek lelaki tempatan berusia 36 tahun, mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan 10 kes berkaitan dadah, termasuk dua kes dikehendaki serta lima kes jenayah lain," katanya.

Beliau berkata, suspek direman empat hari sehingga 3 April untuk siasatan lanjut dan manakala disiasat mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Hamzah menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak meninggalkan anak kecil di dalam kenderaan tanpa pengawasan, khususnya apabila enjin masih hidup. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/03/1379060/lelaki-larikan-kereta-bersama-anak-istimewa-di-pulau-pinang-ditahan-di





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.044294 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list