CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 299|Reply: 0

Alpaka si leher 'jenjang'

[Copy link]
Post time 31-3-2025 07:55 PM | Show all posts |Read mode


Sebaik lensa jurugambar kami, Aziah Azmee ditalakan kepada alpaka yang berada di kandang milik Brothers Farm Resources & Services di Batang Kali, Selangor itu, haiwan berkenaan menunjukkan reaksi selesa.


Malah dengan matanya yang bulat dan leher 'jenjang', alpaka itu hanya memandang ke arah kamera seolah-olah sedia beraksi untuk dirakam.


Lagak haiwan eksotik yang dibawa dari Australia itu ternyata melucukan dan sukar untuk sesiapa saja tidak tersenyum apabila melihat keletahnya.


Menurut pengimport dan pemilik haiwan eksotik, Muhammad Salim Omar Noor, 36, dia mengakui 'visual' antara ciri-ciri fizikal haiwan terbabit menjadi tarikan utama kepada peminatnya.


Ditambah pula dengan kesungguhan seorang pempengaruh dari China yang memuatkan rutin bersama haiwan terbabit menyebabkan peminat alpaka teruja memilikinya.


"Sebenarnya saya sudah membawa masuk alpaka sejak 2016 dan ramai pemilik haiwan eksotik terutama yang ada mini zoo mahu memelihara haiwan ini.


"Ciri-ciri fizikal dari muka hingga ke badan haiwan itu yang tidak seimbang seperti 'leher jenjang' dan mimik muka separa berbulu melucukan serta badannya bulat membuatkan ia diminati ramai.


"Kelebihan lain iaitu negara asal haiwan itu, Australia yang memiliki kredibiliti terutama kawalan penyakit membuatkan ia mudah dibawa masuk ke Malaysia.


"Saya membawa masuk 'batch' (kelompok) pertama iaitu 40 ekor dan ketika itu sudah mendapat perhatian ramai peminat haiwan eksotik," katanya.




Namun, dalam tempoh dua tahun pertama, Muhammad Salim mengakui dia mendapat rungutan kebanyakan alpaka mati apabila diserah atau dipindah kepada pemilik baru.


"Peringkat awal permintaan tinggi, tetapi pemilik mula putus asa untuk pelihara kerana alpaka tidak dapat bertahan lama.


"Saya ajar pemilik atau peminat haiwan eksotik untuk menjaga alpaka dengan memastikan kandang dipasang kipas atau penyaman udara," katanya.


Dia mengakui tahap ketahanan alpaka menyesuaikan diri dalam persekitaran Malaysia sukar terutama cuaca Malaysia yang panas dan lembap berbeza dengan negara asal haiwan itu yang lebih sejuk.


"Di awal dahulu banyak juga alpaka mati disebabkan ramai tidak tahu cara penjagaan yang betul.


"Saya sarankan mereka menyediakan kandang selesa iaitu sekurang-kurangnya 6 meter ◊ 4 meter bagi setiap sepasang alpaka, lengkap dengan kemudahan kipas atau penyaman udara.


"Sebahagian ruang untuk berteduh iaitu bersantai dan berehat, sementara sebahagian lagi untuk haiwan itu bermain atau berlari-lari," katanya.




Dari segi diet, kata Muhammad Salim, makanan alpaka tidak jauh berbeza dengan haiwan ternakan tempatan seperti kambing dan lembu.


"Penjagaan makanan untuk alpaka juga mudah iaitu haiwan ini makan rumput kering (hye), palet dan bijirin seperti jagung.


"Jagung dan lobak merah antara makanan kegemaran haiwan terbabit dan semua itu mudah didapati di Malaysia," katanya.


Mengenai jenis warna dan baka alpaka, di Malaysia ada dua baka alpaka yang boleh dipelihara iaitu Huacaya dan Suri.




"Alpaka warna yang jarang didapati dan mendapat permintaan tinggi ialah warna kelabu dan perang.


"Kadangkala ciri-ciri istimewa pada alpaka iaitu muka cerah dan kaki seakan-akan mengenakan 'stoking' menyebabkan ia digemari peminat haiwan itu.


"Kebanyakan pembekal dan pengimport tidak boleh memilih warna atau saiz dari pembiak baka di Australia.


"Itu menjadikan varian warna alpaka tertentu boleh melonjak kerana permintaan tinggi berbanding jumlah dibawa pengimport," katanya.


Beliau turut memaklumkan alpaka dibawa masuk hanya alpaka dewasa iaitu berumur melebihi tujuh tahun.


Selain alpaka, dia turut memiliki pelbagai spesies biri-biri dan kambing bagi penternak atau peminat haiwan tempatan. - Harian Metro




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hobi & Koleksi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.040359 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list