CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

[Kedah] Operasi SAR cari Fayyad dihentikan

[Copy link]
Post time 31-3-2025 12:15 AM | Show all posts |Read mode
Operasi SAR cari Fayyad dihentikan

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 30, 2025 @ 9:05pm bhnews@bh.com.my




Anggota bomba Baling melakukan pencarian di lokasi Sungai Kupang untuk mengesan kehilangan kanak-kanak autisme, Muhammad Fayyad Affan Mohd Fakhri. - Foto Ihsan Bomba



BALING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak autisme berusia empat tahun, Muhammad Fayyad Affan Mohd Fakhri, ditamatkan hari ini selepas tiga hari dilancarkan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar, berkata bilik kawalan polis dan bomba tetap beroperasi untuk menerima maklumat berkaitan kehilangan kanak-kanak terbabit.

Beliau berkata, anggota polis tetap melakukan rondaan harian di kawasan Sungai Kupang bagi memantau perkembangan kehilangan kanak-kanak itu.

"Walaupun operasi sudah memasuki tiga hari, tiada petunjuk diperoleh sepanjang pencarian.

"Pos kawalan polis dan bomba di lokasi ditutup hari ini sebab pencarian semakin jauh.

"Bagaimanapun, anggota kita akan melakukan rondaan di sekitar kawasan itu setiap hari," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azmi berkata, anggota bomba sekali lagi melakukan pencarian mangsa di sekitar kawasan disyaki hari ini, termasuk secara selaman tetapi tiada maklumat diperoleh.

Sementara itu, Ketua BBP Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, operasi menggunakan bot bomba dilakukan sekitar kawasan Sungai Kupang.

Muhammad Fayyad Affan dilaporkan hilang ketika keluar dari rumahnya di Kuarters JPS, Kampung Landak Paya, Kupang, Jumaat lalu.

Kejadian disedari keluarganya selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mereka yang menunjukkan kanak-kanak itu berjalan sendirian pada jam 12.50 tengah hari.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/03/1378870/operasi-sar-cari-fayyad-dihentikan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.045820 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list