CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

[Perlis] Nahas Padang Besar: Remaja 16 tahun meninggal dunia selepas 20 hari bertarung nyawa

[Copy link]
Post time 29-3-2025 03:48 AM | Show all posts |Read mode
Nahas Padang Besar: Remaja 16 tahun meninggal dunia selepas 20 hari bertarung nyawa

28 Mac 2025 11:59am





Umar Haziq Rahimi. - Foto BERNAMA



KANGAR - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang terlibat dalam kemalangan tragis yang meragut nyawa bapanya, seorang pesara tentera, pada 7 Mac lalu berhampiran Padang Besar, meninggal dunia semalam, selepas 20 hari bertarung dengan kecederaan serius di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, Umar Haziq Rahimi, disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 4.30 petang akibat ‘Severe Traumatic Brain Injury with Polytrauma’.


"Pihak polis menerima panggilan daripada pihak hospital pada jam 5.17 petang memaklumkan bahawa mangsa, yang telah dirawat selama 20 hari di HTF, telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada 8 Mac lepas, media melaporkan seorang pesara tentera maut manakala anak lelakinya cedera parah apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta Honda Civic di Jalan Dato Kayaman, Beseri, pada 7 Mac.


Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintenden Sarih Salleh berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7.45 malam dan mangsa berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anaknya yang merupakan pembonceng motosikal dibawa ke HTF untuk menerima rawatan.

Sarih berkata, pemandu lelaki Honda Civic, yang berusia 33 tahun, turut mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di HTF. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/720103/berita/semasa/nahas-padang-besar-remaja-16-tahun-meninggal-dunia-selepas-20-hari-bertarung-nyawa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.051974 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list