CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 4

[Pulau Pinang] 341,708 pengguna PP dijangka alami gangguan air sehingga 60 jam bulan depan

[Copy link]
Post time 27-3-2025 10:19 PM | Show all posts |Read mode
341,708 pengguna PP dijangka alami gangguan air sehingga 60 jam bulan depan

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mac 27, 2025 @ 3:22pm bhnews@bh.com.my





Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menjawab soalan media ketika ditemui di Auditorium C, Tingkat 5, Komtar, Pulau Pinang hari ini. - Foto NSTP/Mikail Ong




GEORGETOWN: Seramai 341,708 pengguna di semua daerah di negeri ini dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) dalam tempoh 24 hingga 60 jam berikutan pelaksanaan 23 projek kerja air secara serentak di negeri itu bermula 25 April ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata SWSI itu akan menjadi satu-satunya yang terbesar berlaku di Pulau Pinang tahun ini membabitkan pelaburan sebanyak RM25 juta oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

"Impak pelaksanaan projek-projek berkaitan bakal dirasai 465,000 akaun pengguna air sama ada dalam bentuk lebih banyak bekalan air, tekanan lebih baik dan bekalan lebih stabil pada setiap masa.

"Projek tersebut merupakan pelaburan besar oleh PBAPP dan turut menyasarkan pemulihan tempoh yang lebih pantas sekiranya berlaku gangguan air pada masa akan datang," katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, hari ini.

Kon Yeow yang juga Pengerusi PBAPP berkata secara umum SWSI itu akan melibatkan pengoperasian henti tugas separa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua sekali gus gangguan air dijadual maksimum 60 jam iaitu dari 25 April hingga 28 April.

Katanya, bagaimanapun, demi kepentingan pengguna, PBAPP merancang mencapai pemulihan bekalan air sebanyak 88 peratus untuk 300,185 daripada 341,708 akaun pengguna terjejas dalam tempoh 48 jam.

"Dengan pemberitahuan notis awal ini, diharapkan orang ramai memberi kerjasama penuh dan menyimpan air mencukupi untuk kegunaan 24, 48 atau 60 jam bergantung lokasi kediaman masing-masing," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk K Pathmanathan, berkata keutamaan SWSI itu ialah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyambungan akhir untuk bahagian Saluran Menyeberang Sungai Perai (SP-RCP) baharu bernilai RM8.7 juta di Seberang Perai Tengah.

Katanya, PBAPP pada masa sama turut memutuskan melaksanakan tujuh projek lain di LRA Sungai Dua di Seberang Perai Utara (SPU) bertujuan mengoptimumkan pengepaman bekalan air terawat daripada LRA berkenaan.

"Projek-projek lain yang PBAPP akan lakukan di LRA Sungai Dua termasuk kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaran segera berkaitan operasi pengepaman air terawat, pembaikan saluran paip berdiameter 700 milimeter (mm) ang bocor.

"PBAPP juga akan menggantikan injap kupu-kupu pada bahagian saluran paip utama 1.2 meter di Jalan Pengkalan Tambang berhampiran LRA Sungai Dua," katanya.

Pathmanathan berkata objektif utama SWSI itu adalah untuk meningkatkan kecekapan mengepam air terawat dari LRA Sungai Dua untuk manfaat 465,000 pengguna air di Pulau Pinang atau kira-kira 66 peratus daripada jumlah pelanggan keseluruhan melibatkan 705,528 akaun di negeri itu.

Beliau berkata, pengguna di kawasan berdekatan LRA Sungai Dua da saluran paip utama akan mengalami SWSI lebih pendek berbanding kawasan yang jauh dengan operasi pelaksanaan kerja-kerja air itu dijangka melibatkan kira-kira 800 petugas.

"Pada tahap pertama, pemulihan bekalan kepada 136,683 pengguna atau 40 peratus dalam tempoh 24 jam meliputi kawasan di Daerah SPU, SPT, Seberang Perai Selatan (SPS), Barat Daya (BD) dan Timur Laut (TL).

"Pada tahap dua pemulihan dijangka mengambil masa 48 jam membabitkan 163,502 pengguna lagi di Daerah SPU, SPT, SPS, BD dan TL manakala pada tahap ketiga melibatkan baki 41,523 pengguna di SPS dan BD," katanya.

Pathmanathan berkata bekalan air ke semua kawasan perindustrian utama termasuk Bayan Lepas, Perai, Bukit Minyak, Batu Kawan serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang harus pulih dalam tempoh 24 atau 48 jam.

"PBAPP merancang untuk mencapai pemulihan bekalan air sepenuhnya dalam tempoh 60 jam bagaimanapun, kami juga menjangkakan beberapa isu setempat di beberapa kawasan lebih tinggi dan kawasan kejiranan hujung paip agihan di SPS dan Barat Daya," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1377714/341708-pengguna-pp-dijangka-alami-gangguan-air-sehingga-60-jam-bulan





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2025 10:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2025 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 27-3-2025 10:21 PM
@novelloverzz

nk tgg jadual area yg terlibat. tq kaka utk info
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2025 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
novelloverzz replied at 28-3-2025 01:25 PM
nk tgg jadual area yg terlibat. tq kaka utk info

Wc nov. Thn lps kena sekali juga kan kt warga png. Thn ni kena lg.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2025 02:34 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-3-2025 01:45 PM
Wc nov. Thn lps kena sekali juga kan kt warga png. Thn ni kena lg.

itu yg pba announce
yg x announce pun ade
tp yg duk kn org ddk pulau

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.043828 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list