View: 1934|Reply: 0
|
Kes aneh pembunuhan Teresita. Roh wanita ini merasuki manusia untuk membantu menangkap pembunuhnya
[Copy link]
|
|
PETANG bertarikh 21 Februari 1977, penduduk di sebuah apartmen di Chicago, Amerika Syarikat dikejutkan dengan kehadiran bomba.
Di tingkat 15 bangunan kediaman itu, ahli bomba menerjah masuk ke dalam sebuah rumah dan menemui jasad seorang wanita yang sudah rentung terbakar. Pada dada wanita itu, tertanam sebilah pisau.
Mayat wanita itu adalah Teresita Basa, berusia 47 tahun. Teresita berasal dari Filipina dan berhijrah ke Amerika. Dia bekerja sebagai seorang pembantu terapi pernafasan di Hospital Edgewater di Chicago.
Beberapa bulan siasatan dijalankan, namun pihak berkuasa gagal menemui sebarang petunjuk untuk menjejaki pembunuh Teresita. Yang ada hanya sekadar teori berkemungkinan Teresita dibunuh oleh teman lelakinya.
Kes Teresita tergantung tanpa sebarang klu sehinggalah beberapa bulan selepas itu, Detektif Joe Stachula yang menyiasat kes tersebut menerima sekeping nota di atas mejanya. Nota itu memberitahu ada maklumat baru berkaitan kematian Teresita.
Dimasuki roh Teresita
DOKTOR Jose Chua dan isterinya, Remy Chua merupakan pasangan suami isteri yang bertugas di Hospital Edgewater.
Suatu hari, berlaku perkara aneh. Remy mula seakan berkhayal dan ada kalanya seperti tidak sedarkan diri. Dalam keadaan itu, Remy akan berbicara, namun suaranya berbeza. Bahkan, dia berdialog dalam bahasa Tagalog, yakni bahasa rakyat Filipina.
“Saya ialah Teresita Basa!” Muncul ayat itu daripada Remy yang ketika itu seperti separuh sedar.
Pada mulanya, Dr. Jose tidak percaya dengan apa yang dikatakan isterinya itu semasa ‘dirasuk’. Namun, dia mula yakin setelah berdialog dengan suara dalam tubuh isterinya yang mengaku sebagai roh Teresita.
Menurut roh Teresita, dia memerlukan bantuan mereka suami isteri untuk membantu menyelesaikan kesnya, sekali gus menangkap pembunuhnya.
Perkara aneh ini berlaku beberapa bulan selepas kematian Teresita dan selepas kesnya tergantung kerana penyiasat gagal menemui sebarang petunjuk. Rupa-rupanya, suami isteri itu bekerja di hospital yang sama dengan Teresita. Cuma, mereka tidak rapat dan kurang mengenali antara satu sama lain sekalipun bertugas dalam satu bangunan.
Melalui tubuh Remy, roh Teresita juga memberitahu siapa pembunuhnya, iaitu seorang lelakibernama Allen Showery. Lebih mengejutkan, Allen juga merupakan salah seorang petugas di hospital yang sama dengan Dr. Chua dan Teresita.
Allen
Malam sebelum mayat Teresita ditemui, Allen datang ke apartmen wanita itu untuk membaiki TV yang rosak. Lelaki itu telah mencuri barang kemas kepunyaan Teresita dan berlaku pergelutan sebelum Allen menikam Teresita dan membakar mayat wanita itu bagi menghilangkan bukti.
Roh Teresita turut memberitahu, Allen menghadiahkan barang kemas kepunyaannya kepada teman wanitanya. Roh itu turut memberi beberapa nama saudaranya berserta nombor telefon untuk dihubungi bagi membantu siasatan.
SEMASA mendapat tahu kisah isteri Dr. Chua yang dirasuk roh Teresita, Detektif Stachula agak sukar untuk mempercayainya. Mana mungkin kata-kata seorang ‘roh’ boleh diterima sebagai bukti pendakwaan.
Detektif Stachula yang menyiasat kes Teresita.
Namun, kerana buntu dalam penyiasatan kes Teresita, detektif itu cuba menggunakan maklumat yang diberi melalui tubuh Remy Chua untuk melihat jika ada sebarang perkembangan dalam kes tersebut.
Penyiasat pergi ke rumah Allen. Terbukti barang kemas yang dicuri Allan dipakai oleh teman wanitanya. Setelah ditanya, akhirnya Allen mengakui perbuatannya yang telah membunuh dan membakar mayat Teresita.
Allen ditahan dan didakwa. Lelaki itu mengakui kesalahannya dan dijatuhi hukuman penjara 14 tahun atas kesalahan membunuh, membakar mayat dan merompak.
Selepas kejadian itu, isteri Dr. Chua tidak lagi dirasuk roh Teresita. Mujurlah roh Teresita muncul membantu. Jika tidak, mungkin kes pembunuhan ini masih tergantung dan pelakunya hidup bebas.- UTUSAN TV
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|