CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

[Kedah] Peserta negara muncul naib johan hafaz al-Quran di Brunei

[Copy link]
Post time 25-3-2025 06:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 25-3-2025 06:47 PM

Peserta negara muncul naib johan hafaz al-Quran di Brunei

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
25 Mac 2025 03:25pm




Muhammad Rifae'i mengharumkan nama Malaysia apabila diumumkan Naib Johan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Beserta Pemahamannya Tahun 1446H di Brunei.




SUNGAI PETANI - Peserta negara, Muhammad Rifae'i Mat Zuki, 19, mengharumkan nama Malaysia apabila diumumkan Naib Johan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Beserta Pemahamannya Tahun 1446H, di Brunei minggu lalu.

Pengerusi Akademi Darul Ilmi (ADI), Mohamad Wadi Annuar Ayub atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar berkata, pelajar ADI itu berentap bersama peserta dari negara anggota MABIMS terdiri daripada Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura yang bermula 13 hingga 18 Mac lalu.


Menurutnya, pencapaian itu menunjukkan keupayaan pelajar Malaysia berhadapan peserta lain sekali gus mencerminkan komitmen dan kesungguhan menghafaz serta memahami al-Quran dengan lebih mendalam.


Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah dan cenderamata kepada peserta.



"Ia juga menunjukkan usaha berterusan Malaysia dalam memperkasa penghayatan dan penghafazan al-Quran di peringkat serantau.


Tidak hanya membuktikan bahawa Malaysia sebuah negara yang memartabatkan al-Quran namun turut membanggakan warga Akademi Darul Ilmi," katanya kepada Sinar Harian.

Ustaz Wadi Annuar berkata, ADI berbangga dengan kejayaan Muhammad Rifae'i yang berjaya membawa nama akademi ke peringkat serantau.


"Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus istiqamah dalam menghafaz dan menghayati kitab suci ini.


Kita doakan agar Muhammad Rifae'i terus istiqamah dalam memartabatkan al-Quran ke persada yang lebih tinggi," jelasnya.


Muhammad Rifae'i selepas diumumkan Naib Johan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Beserta Pemahamannya Tahun 1446H di Brunei minggu lalu.




Dalam pertandingan itu, Muhammad Rifae'i diumumkan naib johan bagi kategori hafazan 30 juzuk beserta pemahaman Surah Al-Hujurat dengan memperoleh markah 94.93 peratus.

Lebih bermakna, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah dan cenderamata kepada semua peserta.

Sebelum ini, Muhammad Rifae'i merupakan Johan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) (kategori 1-30 juzuk) Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi.

https://www.sinarharian.com.my/article/719590/edisi/utara/peserta-negara-muncul-naib-johan-hafaz-al-quran-di-brunei


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2025 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.086072 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list