CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

[Johor] Nak hadiah RM2.96 juta, warga emas rugi lebih RM200,000

[Copy link]
Post time 25-3-2025 11:54 AM | Show all posts |Read mode

Segamat: Teruja untuk menerima hadiah berjumlah RM2.96 juta, lelaki warga emas kerugian RM218,730 akibat ditipu sindiket berkaitan urusan tuntutan wang kemenangan di luar negara yang tidak wujud.

Pesara berusia 62 tahun itu dilaporkan terpedaya dengan tuntutan itu bermula November 2023, selepas menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai Ho Yee Ting.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, suspek memberitahu mangsa memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM2.96 juta di Hong Kong.

Menurutnya, mangsa teruja dan percaya dengan helah suspek kemudiannya diminta membuat bayaran penyelenggaraan bagi mendapatkan wang kemenangan terbabit.

"Bagaimanapun, mangsa tidak menerima hadiah seperti dijanjikan selepas memasukkan wang seperti diminta suspek," katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, berikutan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Sabtu lalu, untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Siasatan juga meliputi pembabitan 'keldai akaun' dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun jika terbukti mereka terbabit.

"Orang ramai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran keluar wang dari akaun bank suspek," katanya.

sumber : hmetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.044065 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list