CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 85|Reply: 0

[Sabah] Empat kawasan banjir di Kanowit mulai surut

[Copy link]
Post time 24-3-2025 02:32 PM | Show all posts |Read mode


Rondaan pasukan bomba di empat kawasan di Kanowit, pagi tadi.

KANOWIT: Banjir di empat kawasan di Kanowit dan paras Sungai Batang Rajang telah menunjukkan trend menurun pagi ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, rondaan pada jam 6.50 hingga 7.50 pagi, di kawasan kilometer 3 Jalan Ranan mendapati kedalaman air 1 kaki dan boleh dilalui kenderaan berat sahaja.

“Jalan Poi dapat dilalui semua kenderaan, Jalan Lukut - Penyulau kedalaman air lebih kurang 1 hingga 4 kaki dan masih tidak dapat dilalui oleh sebarang jenis kenderaan.

“Manakala, Sungai Kanowit menunjukkan trend menurun pagi tadi,” ujarnya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, setakat jam rondaan juga, tiada menerima panggilan berkaitan pemindahan mangsa atau mangsa terperangkap banjir.

“Tiada sebarang jenis kecemasan diterima oleh pihak bomba BBP Kanowit dan berada dalam keadaan terkawal,” tambahnya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2025 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.049020 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list