CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79|Reply: 0

[Sarawak] Yayasan Sarawak serah sumbangan Aidilfitri kepada pelajar Sarawak di Semenanjung

[Copy link]
Post time 24-3-2025 02:23 PM | Show all posts |Read mode


Pelajar Sarawak yang menuntut di Semenanjung Malaysia merakamkan gambar bersama Tun Wan Junaidi serta tetamu kenamaan yang lain. - Gambar UKAS

KUCHING:  Seramai 475 pelajar Sarawak yang menuntut di Semenanjung Malaysia telah menerima sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan Sarawak pada Majlis Sungkei Anak Sarawak 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Sabtu.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), seramai  392 daripada  penerima merupakan penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), 36 orang di bawah Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak, tujuh dalam kalangan anak-anak kakitangan Yayasan Sarawak termasuk 40 orang anak-anak kakitangan Rumah Sarawak Kuala Lumpur.

Sumbangan berupa duit raya dan makanan itu disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, sambil ditemani Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang.

Turut serta ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Fadillah Yusof, Yang Di-Pertua Dewan Negara Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.

Dalam pada itu, para pelajar juga telah dimaklumkan bahawa mereka boleh membuat permohonan bagi mendapatkan komputer riba percuma serta bantuan baucar buku melalui laman web Yayasan Sarawak, yang akan dibuka bermula 23 Mac hingga 30 April ini.

Permohonan ini khusus kepada semua pelajar Sarawak yang menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).


Tun Wan Junaidi serta isteri Toh Puan Fauziah berbuka puasa bersama pelajar Sarawak di Semenanjung Malaysia. - Gambar UKAS

Majlis anjuran Yayasan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur dan Sarawak Volunteers itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran lebih 2,000 jemputan, terdiri daripada warga Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia dan rakan-rakan strategik kerajaan.

Hadir sama, Menteri-menteri Persekutuan dan Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan-timbalan Menteri Persekutuan dan Sarawak, Pengarah Yayasan Sarawak Datu Mersal Abang Rosli serta dif-dif kenamaan yang lain.

Mengakhiri majlis dengan solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah, sebelum menikmati juadah moreh yang disediakan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.131440 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list