Warga emas kerugian RM50,000, stor dan tiga motosikal terbakar
Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mac 24, 2025 @ 10:07am

Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mengawal kebakaran stor di Jalan Teluk Tempoyak di sini. - Foto Bomba
BAYAN LEPAS: Warga emas kerugian RM50,000 apabila stor simpanan barangan elektrik dan tiga motosikal musnah dalam kebakaran di Jalan Teluk Tempoyak di sini, semalam.
Dalam kejadian itu, Noraishah Saad, 61, sempat menyelamatkan diri bersama ibu yang berusia 86 tahun, keluar dari rumah terletak dua meter dari stor terbabit.
Noraishah berkata dia menyedari berlaku kebakaran selepas diberitahu jiran sebelum bergegas keluar dari rumah bersama ibunya.
"Stor baru dibina beberapa bulan lalu. Selain bagi menyimpan barangan seperti mesin basuh serta peti sejuk, ia juga dijadikan tempat rehat," katanya.
Sementara itu Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Bayan Baru Azman Mohd Radzi berkata pihaknya terima panggilan jam 10.07 malam.
Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran berikutan laluan masuk ke lokasi yang sempit manakala kedudukan pili juga agak jauh.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1376140/warga-emas-kerugian-rm50000-stor-dan-tiga-motosikal-terbakar
|