CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

[Pulau Pinang] Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

[Copy link]
Post time 24-3-2025 12:50 AM | Show all posts |Read mode
Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Zuhainy Zulkiffliam@hmetro.com.my





BOT yang ditahan PPM Wilayah Satu, di perairan Pulau Pinang. FOTO Ihsan PPM




Bayan Lepas: Lima lelaki warga Indonesia yang ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu di perairan Pulau Pinang kerana menyeludup syabu bernilai RM728,704, semalam, disyaki cuba membuang dadah ke laut dan melarikan diri ke daratan.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Menurutnya, semua suspek berusia antara 20 hingga 30-an itu berjaya diberkas di kawasan berhampiran bot yang ditinggalkan beberapa jam selepas kejadian.

"Terdahulu, bot berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan di perairan Teluk Kumbar, dan suspek disyaki membuang barang kes sebelum melarikan diri ke darat terdekat iaitu di Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu, Bayan Lepas.

"Ia menyebabkan bot suspek tenggelam akibat perlanggaran dengan batu, namun hasil kecekalan pasukan, kesemua mereka berjaya diberkas di kawasan berhampiran bot," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Rusley berkata, hasil serbuan menemukan 22 bungkusan kuning keemasan berlabel 'Guanyinwang Refined Chinese Tea' yang mengandungi plastik lutsinar berisi ketulan mampat kristal jernih disyaki dadah jenis syabu, dianggarkan seberat 22.772 kilogram (kg).

"Turut dirampas ialah kereta Hyundai Tucson dan empat telefon bimbit pelbagai jenama, menjadikan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM833,704," katanya.

Menurut Rusley, hasil ujian saringan air kencing mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamine.

"Kesemua dadah berkenaan dipercayai dibawa dari negara ini ke negara jiran.

"Suspek yang ditahan direman sehingga 28 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan cubaan lima lelaki warga Indonesia menyeludup syabu bernilai RM728,704 gagal selepas ditahan PPM Wilayah Satu di perairan Pulau Pinang.

Bertindak atas maklumat risikan, satu operasi khas penyeludupan dadah dijalankan di perairan Pulau Pinang dan di Taman Sungai Batu, Teluk Kumbar, bermula 3 pagi hingga 7 pagi.



Disiarkan pada: Mac 23, 2025 @ 7:32pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/03/1200185/buang-dadah-ke-laut-sebelum-ditahan-ppm




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.042416 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list