CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 0

[Kedah] Perlu kerjasama semua tangani isu 'pengemis jadian' ketika Ramadan

[Copy link]
Post time 23-3-2025 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Perlu kerjasama semua tangani isu 'pengemis jadian' ketika Ramadan

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Mac 23, 2025 @ 5:18pmbhnews@bh.com.my





Foto hiasan.




JITRA: Kehadiran 'pengemis jadian' di bazar atau masjid dan surau terutama sepanjang Ramadan perlu ditangani secara menyeluruh membabitkan semua pihak berkaitan.

Malah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata sebarang tindakan pihak berkuasa terhadap pengemis warga tempatan atau warga asing di masjid dan bazar Ramadan juga perlu dilakukan secara berhikmah dan mengikut garis panduan supaya tidak dinilai berlebihan.

"Ia memerlukan satu kerjasama bersama daripada pihak-pihak yang berkepentingan agar kita dapat menanganinya secara berhikmah, menyeluruh dan tuntas.

"Kita juga meraikan semua cadangan dan pandangan daripada orang awam, mereka boleh menyalurkannya kepada pihak berkuasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Wanita Darulaman Bertadabbur di Pusat Pendidikan al Azhar di mukim Gelong, di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan setiap kali bulan Ramadan, kehadiran pengemis sama ada rakyat tempatan atau warga asing bertambah mendadak terutama menjelang hari terakhir puasa.

Lokasi tumpuan kebiasaannya adalah bazar Ramadan selain kawasan pekarangan masjid dengan hanya menadah tangan atau menghulurkan kotak bagi meraih simpati orang ramai.

Sementara itu, Zulkifli berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa menyemak dan menambah baik modul serta silibus kursus perkahwinan bagi memastikan ia relevan keperluan semasa.

Menurutnya, usaha pemerkasaan membabitkan kajian dan semakan oleh pakar pendidikan, kesihatan, serta pelbagai bidang lain untuk memastikan modul digunakan memberi manfaat menyeluruh kepada bakal pengantin.

"Buat pengetahuan semua, kita juga memperkenalkan bukan sahaja kursus pra-perkahwinan, tetapi juga kursus pasca-perkahwinan. Cuma, ia belum dilaksanakan sepenuhnya lagi," katanya.

Jelas beliau, kursus pasca perkahwinan bertujuan memberikan bimbingan dan pendekatan kepada pasangan yang sudah berkahwin dalam menguruskan keluarga, serta menangani isu rumah tangga dengan lebih berkesan.

"Kita melihat ada keperluan untuk 'follow-up' selepas perkahwinan supaya pasangan mendapat bimbingan, kefahaman dalam menguruskan keluarga, serta menangani isu-isu rumah tangga dengan ilmu, kemahiran dan pengetahuan dari sudut kesihatan, psikologi, pendidikan agama dan sebagainya," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1375994/perlu-kerjasama-semua-tangani-isu-pengemis-jadian-ketika-ramadan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2025 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.614155 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list