CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 112|Reply: 0

[Sarawak] Pinda undang-undang halang NGO belia jalankan kutipan dana secara sah

[Copy link]
Post time 23-3-2025 06:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 23-3-2025 06:44 AM



Tiang (tiga kiri) menunjukkan skrin telefon setelah melakukan transaksi sumbangan kepada kempen Jualan Bendera Tahunan BSMM Cabang Sibu 2025 yang kini boleh disalurkan secara digital.

SIBU: Kerajaan Persekutuan digesa supaya meminda undang-undang sedia ada bagi membolehkan pertubuhan belia menjalankan aktiviti kutipan dana secara sah.

Gesaan ini dibuat oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Michael Tiang semasa berucap pada majlis pelancaran kempen Jualan Bendera Tahunan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Sibu 2025 di Star Mega Mall, hari ini.

Beliau merujuk kepada Akta (Pekerjaan) Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 yang menghalang golongan muda daripada terlibat dalam jenis pekerjaan tertentu, termasuk aktiviti kutipan derma secara terbuka.

“Perkara ini tidak seharusnya diklasifikasikan sebagai ‘pekerjaan.’ Ini adalah satu bentuk kesukarelawanan yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bukan sebuah entiti perniagaan atau organisasi berasaskan keuntungan,” ujarnya.

Tiang mengakui akta berkenaan digubal bagi melindungi belia daripada eksploitasi untuk tujuan komersial, namun menegaskan usaha mengumpul dana oleh NGO perlu dilihat dalam konteks berbeza.

“Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, sebagai contoh, memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, khususnya di Sibu.

“Ia banyak memberi pendidikan kepada masyarakat mengenai pertolongan cemas dan melahirkan ramai pemimpin muda,” katanya.

Beliau turut menegaskan beberapa pemimpin negeri pernah terbabit dalam Bulan Sabit Merah semasa zaman remaja mereka dan mendapat manfaat daripada program yang dijalankan.

“Saya menggesa Kerajaan Persekutuan untuk meminda undang-undang ini bagi menyokong pertubuhan belia seperti Bulan Sabit Merah, Pengakap, Boys Brigade dan NGO lain,” tambahnya.

Tiang menekankan kepentingan perlindungan undang-undang serta kebenaran jelas bagi pertubuhan ini untuk menjalankan aktiviti kutipan dana secara sah.

“Mereka memberi sumbangan besar kepada masyarakat. Undang-undang seharusnya memudahkan, bukan menyekat usaha mereka,” katanya.

Turut hadir ialah Penasihat BSMM Sibu Datuk Lau Ngie Hua dan Pengerusi BSMM Cabang Sibu, Penghulu Chua Hiong Kee.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.177566 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list