CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 104|Reply: 0

[Sarawak] Perpaduan, kesefahaman antara kaum asas utama menjamin masa depan Sarawak

[Copy link]
Post time 23-3-2025 06:15 AM | Show all posts |Read mode


Lau (tengah) bersama pasukannya ketika Program Kongsi Rezeki Bulan Ramadan dengan penduduk muslim setempat di Sibu pada petang Jumaat.

SIBU: Semangat perpaduan dan saling memahami antara satu sama lain dalam kalangan pelbagai kaum adalah asas utama untuk menjamin masa depan yang lebih cerah lagi khususnya untuk Sibu amnya Sarawak.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan Kaunselor Kevin Lau berkata, keharmonian sebegini akan menyakinkan lagi setiap perkembangan kemajuan yang dilaksanakan.

"Saya menekankan pentingnya hubungan yang kukuh antara komuniti pelbagai latar belakang untuk kita memahami kebudayaan yang berbeza diantara kita yang lebih penting sekali adalah untuk kita mewujudkan satu masyarakat yang lebih aman dan harmoni.

"Oleh itu adalah begitu penting pada zaman sekarang ini masyarakat harus saling hormat menghormati dan itu adalah satu semangat yang boleh menyatukan masyarakat kita.

"Kalau terus berpegang dengan semangat ini saya percaya bukan sahaja Sibu tetapi Sarawak kita dapat terus maju ke hadapan dengan lebih gemilang," katanya berucap pada Program Kongsi Rezeki Bulan Ramadan yang diadakan di Cafe Selalo, Paradom di sini pada petang Jumaat.

Lau yang juga Ketua Pemuda SUPP Pusat turut menekankan bahawa kepelbagaian dalam masyarakat harus dilihat sebagai satu kekuatan.

"Adalah penting bagi kita untuk memupuk saling hormat-menghormati. Melalui interaksi seperti ini, kita dapat membina masyarakat yang lebih aman dan harmoni. Tidak kira latar belakang kaum dan agama kita, nilai-nilai moral dan kebaikan adalah prinsip sejagat yang menyatukan kita," ujarnya.

Sementara itu, Lau merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir, termasuk pemimpin masyarakat dan ahli majlis tempatan, serta memberi penghormatan kepada sokongan berterusan Cafe Selalo dalam menjayakan acara tahunan ini.

"Ini adalah tahun ketiga berturut-turut kami menganjurkan program ini. Walaupun komuniti Melayu di Bawang Assan tidak besar, kami sentiasa mengingati dan menghargai anda. Itulah sebabnya kami meneruskan inisiatif ini, walaupun dengan beberapa perubahan tahun ini," katanya.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya yang menyajikan bubur lambuk, program tahun ini membawa konsep kongsi rezeki yang lebih luas, di mana peserta dapat berbuka puasa bersama-sama, mengeratkan lagi silaturahim antara pelbagai kaum.

Beliau juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang hadir, serta menyampaikan 200 pek makanan KFC kepada komuniti Muslim setempat.

Hadir sama ialah Penghulu Yong King Sung, Kaunselor Yong Ing Hock, Kaunselor Justin Wong, Kaunselor Rory Wong, Kapitan Ting Siew Kiew, Kapitan Chew Hoo Kiong serta ahli-ahli pasukan SUPP Cawangan Bawang Assan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2025 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.048093 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list