CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 107|Reply: 0

[Sarawak] SEB tutup bekalan elektrik di beberapa lokasi banjir di Kapit, Song dan Kanowit

[Copy link]
Post time 22-3-2025 09:28 AM | Show all posts |Read mode


Penduduk sebuah rumah panjang di Song, Katibas mula menyelamatkan barangan mereka selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat berterusan.

KAPIT: Beberapa kawasan di Kapit, Song dan Kanowit mengalami gangguan bekalan elektrik dan air hari ini susulan penutupan kecemasan yang terpaksa dilakukan berikutan paras air banjir yang semakin meningkat.

Sarawak Energy Berhad (SEB) menerusi kenyataan di halaman Facebook memaklumkan antara kawasan yang terjejas ialah Sungai Sibau Ulu, Nanga Tulie, Nanga Baleh, Pulau Pisang, Kampung Muhibbah Bleteh, Sungai Embuaw, Sungai Manap, Sungai Song, Lubok Engkabang, Sungai Selibut, Nanga Kebiaw, Sungai Lijau, Temalat, Kampung Rian, Rumah Nyalong, Sungai Baloh serta beberapa bahagian di Nanga Poi dan Rumah Pam Loji Rawatan Air Kanowit.

Menurut SEB, bekalan akan dipulihkan sebaik sahaja paras air banjir surut sepenuhnya dan keadaan disahkan selamat oleh pihak berkuasa berkaitan.

“Penutupan ini dilakukan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang risiko kejadian seperti kebakaran atau renjatan elektrik akibat kerosakan peralatan yang terjejas oleh air banjir,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai juga dinasihatkan agar menjauhi kawasan pencawang yang terjejas dan sentiasa berwaspada terhadap sebarang bahaya berkaitan banjir.

Sebarang pertanyaan atau permintaan bantuan boleh disalurkan menerusi Pusat Khidmat Pelanggan SEB yang beroperasi 24 jam di talian 1300-88-3111 atau melalui aplikasi SEB Cares.


Beberapa kawasan di Song dan Kapit turut terjejas dengan banjir, menyebabkan kenderaan tersadai dan jalan perhubungan terputus.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2025 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.086261 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list