CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 90|Reply: 0

[Sarawak] UKAS digesa bantu tangani provokasi babitkan isu PETRONAS-PETROS

[Copy link]
Post time 21-3-2025 11:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 21-3-2025 11:32 PM



Fadillah (tengah) menerima cenderamata daripada Hii (lima kiri) semasa menerima kunjungan hormat delegasi UKAS di pejabat kementeriannya di Putrajaya pada Khamis.

KUCHING: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) digesa agar memainkan peranan secara aktif dengan menepis sebarang provokasi negatif daripada orang ramai yang mendesak Sarawak keluar dari Malaysia sebagai bantahan terhadap isu hak kawalan minyak dan gas membabitkan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

Memetik laporan UKAS, Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof menegaskan, Sarawak akan terus kekal dalam Malaysia dan menggesa orang ramai agar menghentikan provokasi berkenaan.

Katanya, sentimen negatif akan menjejaskan keyakinan pelabur dan akhirnya merugikan kerajaan.

“Jadi kita perlu tanganinya. UKAS perlu memainkan peranan untuk memaklumkan orang ramai, kita tidak perlu pergi sejauh itu, dan masih kekal dalam Malaysia.

“Justeru, saya mahu agar suara-suara negatif ini dikurangkan sebab pelabur akan mula kurang yakin dengan kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat delegasi UKAS diketuai Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee di pejabat kementeriannya di Putrajaya pada Khamis.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menambah, kedua-dua PETRONAS dan PETROS secara prinsipnya telah bersetuju untuk menyelesaikan isu berkenaan melalui perjanjian komersial berbanding secara perundangan.

Tegasnya, penyelesaian secara undang-undang semata-mata tidak akan dapat menyelesaikan isu berkenaan, sebaliknya menuntut semangat kerjasama antara PETROS dan PETRONAS demi manfaat negara.

“Justeru, solusi terbaik adalah melalui perjanjian komersial, atau situasi ‘menang-menang’ antara persekutuan dan negeri. Secara prinsipnya, penyelesaian ini telah dipersetujui.

“Cadangan saya adalah agar PMX, Premier Sarawak, Peguam Negara dan Peguam Negeri, CEO PETRONAS dan CEO PETROS duduk bersama, buat perjanjian yang dipersetujui bersama secara prinsip untuk jalinan kerjasama yang lebih baik,” tambahnya lagi.

Sementara itu, beliau turut memohon bantuan UKAS melakukan kajian semasa berlangsung sesi Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Katanya, bantuan UKAS sangat diperlukan kerana pihak persekutuan tidak mempunyai banyak maklumat mengenai Sarawak.

Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah Pengarah UKAS Awang Putrayusrie Awang Redzuan, Pegawai Tadbir Khas UKAS Datu Takun Sunggah serta pegawai-pegawai kanan UKAS.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.034499 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list