CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8134|Reply: 0

[Johor] 5 ulat parkir haram ditahan dalam operasi khas di Johor Bahru

[Copy link]
Post time 19-3-2025 03:09 PM | Show all posts |Read mode


Antara individu yang ditahan dalam Operasi Khas Parkir Haram sekitar di Johor Bahru. – FOTO: PDRM

JOHOR BAHRU: Lima individu termasuk seorang lelaki warga asing ditahan dalam Operasi Khas Parkir Haram yang dijalankan oleh Polis Daerah Johor Bahru Selatan, di sekitar Jalan Wong Ah Fook dan Jalan Ibrahim di sini malam tadi.


Operasi yang berlangsung dari jam 8 malam hingga 11.45 malam itu diadakan susulan aduan orang ramai mengenai kegiatan parkir haram yang mengganggu ketenteraman awam serta menyusahkan pengguna jalan raya.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek berusia antara 29 hingga 53 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti parkir haram dan meminta wang secara tidak sah daripada orang ramai.


“Mereka ditahan mengikut Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala warga asing terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.


“Polis turut merampas wang tunai RM20 yang dipercayai hasil daripada aktiviti haram ini untuk dijadikan bahan bukti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Raub, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang cuba mengaut keuntungan secara menyalahi undang-undang.


“Operasi seperti ini akan terus diperketatkan bagi membendung masalah parkir haram di kawasan tumpuan awam.


“Kami juga menggesa orang ramai untuk terus melaporkan sebarang aktiviti seumpama ini bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga,” katanya.



https://www.buletintv3.my/nasional/5-ulat-parkir-haram-ditahan-dalam-operasi-khas-di-johor-bahru/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.037518 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list