CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2086|Reply: 1

42 bukti perilaku Baim terhadap Paula

[Copy link]
Post time 11-3-2025 01:38 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Isu keganasan rumah tangga didakwa dilakukan pelakon dan pengarah popular Indonesia, Baim Wong terhadap isteri, Paula Verhoeven semakin panas.

Terbaharu, Paula dalam perbicaraan menuntut cerai membawa seorang ahli forensik digital dikenali sebagai Abimanyu untuk menjadi saksi kepada kes keganasan yang didakwa dilakukan Baim.

Memetik laporan detik.com, Abimanyu berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dianalisis menunjukkan berlaku kekerasan dan sentuhan terhadap Paula.

"Ada bukti CCTV dalam suatu ruangan di mana terjadi pertikaian antara Baim dan Paula," katanya ketika perbicaraan kes perceraian, baru-baru ini.

Abimanyu turut menjelaskan rakaman CCTV itu memperlihatkan sentuhan fizikal termasuk hentakan keras yang menyebabkan salah satu pihak terkesan.


"Di CCTV bukti hentakan keras dan terkena kepada salah seorang hingga terluka," katanya.

Peguam mewakili Paula, Ainul Yaqin berkata, pihaknya sudah menyerahkan 42 bukti merangkumi surat dan elektronik.

Baim pula menafikan melakukan sentuhan fizikal terhadap Paula ketika ditemui media selepas perbicaraan.

Permohonan cerai Baim terhadap Paula disahkan pada 8 Oktober tahun lalu, selepas hampir enam tahun berkahwin.

Khabar perceraian itu dilihat menjadi puncak daripada pelbagai isu yang melingkari rumah tangga mereka.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sebelum keputusan mahu bercerai diambil, hubungan Baim dan Paula menjadi perbincangan ramai.

Netizen kemudian mula merasakan ada tanda keretakan rumah tangga kerana mereka semakin jarang dilihat bersama.

Baim berkahwin dengan Paula yang juga model kacukan Cina, Belanda dan

Indonesia pada 2018. Mereka dikurniakan dua anak lelaki, Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong. - AGENSI


Sumber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2025 01:46 PM | Show all posts
laa  xabis lagi2.masa diorg kawen ex-wife dia cantik sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.121790 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list