CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 492|Reply: 0

Leher berlubang ditusuk tanduk lembu

[Copy link]
Post time 15-2-2025 08:20 PM | Show all posts |Read mode

Leher Naegele tertusuk tanduk lembu jantan selepas terjatuh daripada haiwan itu di Florida pada 7 Februari lalu. - Kennedy News

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang penunggang lembu jantan profesional nyaris maut apabila lehernya tertusuk tanduk haiwan itu ketika menyertai satu pertandingan  di negeri Florida,lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Kejadian berlaku pada acara Conley Invitation Bull Riding di bandar Palmetto pada 7 Februari lalu.


Zachary Naegele, 24, memasuki gelanggang  dengan menunggang lembu jantan pilihannya sebelum haiwan itu ‘memberontak’, menyebabkan dia terjatuh di hadapan penonton.  

“Saya menyangka lembu ini melukakan wajah saya tetapi kecederaan yang berlaku jauh lebih serius apabila leher saya mula memancutkan darah,” kata Naegele.

Imej dimuat naik di media sosial menunjukkan tanduk sepanjang 7.6 sentimeter itu menusuk ke leher Naegele.

Dia dibawa ke Hospital HCA Florida Blake di Bradenton untuk menjalani pembedahan kecemasan.

“Saya diberitahu oleh doktor bahawa saya hampir mati kerana hilang banyak darah,” tambahnya.

Naegele kini pulih dan mampu berjalan, bercakap serta makan dengan sendiri. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.034816 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list