CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16715|Reply: 0

Kerajaan Sheikh Hasina langgar hak asasi manusia – PBB

[Copy link]
Post time 14-2-2025 07:33 AM | Show all posts |Read mode

Polis Bangladesh berhadapan dengan orang ramai ketika mereka menuntut keadilan bagi mangsa yang terbunuh dalam protes di Dhaka pada 31 Julai 2024. - AFP


DHAKA – Kerajaan Bangladesh di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina  secara sistematik melakukan pelanggaran hak asasi manusia serius terhadap penunjuk perasaan yang diketuai golongan pelajar, kata Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Agensi berita United Press International melaporkan, laporan setebal 114 muka surat oleh PBB menyatakan, seramai 1,400 orang terbunuh dan beribu-ribu yang lain cedera, manakala lebih 11,700 orang ditahan dalam protes tersebut.

“Tindakan kejam adalah strategi yang dirangka dan diselaraskan oleh kerajaan Sheikh Hasina untuk mengekalkan kuasa ketika menghadapi penentangan rakyat,” kata ketua hak asasi manusia, Volker Turk.

“Terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa  beratus-ratus pembunuhan dilakukan di luar undang-undang di samping  penangkapan dan penahanan sewenang-wenangnya  secara meluas serta penyeksaan tahanan.

“Ia dilakukan dengan pengetahuan, penyelarasan dan arahan pimpinan politik serta pegawai kanan keselamatan sebagai sebahagian daripada strategi untuk mematahkan protes,” kata Turk.

Laporan sama menganggarkan sehingga 13 peratus daripada mereka yang terbunuh antara 1 Julai hingga 15 Ogos tahun  lalu ialah kanak-kanak.


Pasukan keselamatan Bangladesh dikatakan menafikan atau menghalang rawatan perubatan kritikal untuk penunjuk perasaan yang cedera, menyoal siasat pesakit dan mengambil cap jari mereka di hospital.

Polis dan pasukan keselamatan lain turut didakwa membunuh dan mencacatkan kanak-kanak serta menahan mereka dalam keadaan tidak berperikemanusiaan selain melakukan penyeksaan.

Sheikh Hasina melarikan diri dengan menaiki helikopter ke India sebelum orang ramai menyerbu kediamannya pada 5 Ogos tahun lalu. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.046297 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list