CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11495|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Hasrat berpuasa di kampung isteri tak kesampaian

[Copy link]
Post time 13-2-2025 09:08 PM | Show all posts |Read mode

Yusri menunjukkan motosikal yang baru seminggu dibeli secara tunai oleh Mohammad Daud (gambar kecil) yang maut dalam kemalangan bersama isterinya. - Foto NSTP/Abnor Hamizam Abd Manap

JELEBU: Hasrat suami isteri untuk berpuasa di Sungai Siput, Perak tidak kesampaian apabila mereka maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 17, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, Mohammad Daud Karim, 28, Orang Asli suku Temuan dan isterinya Murni Siong, 40, Orang Asli suku Temiar meninggal dunia di tempat kejadian.

Abang kepada Mohammad Daud, Yusman Karim, 29, berkata arwah adiknya bersama isteri dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil barang keperluan di sebuah pasar raya menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

"Arwah adik memang bercadang berpuasa dan menyambut Aidilfitri di kampung isterinya di Sungai Siput kerana mempunyai dua anak tiri hasil perkahwinan isterinya yang terdahulu," katanya ditemui hari ini.

Katanya adiknya sudah setahun mendirikan rumah tangga dengan isteri yang dikenali melalui aplikasi media sosial dan belum mempunyai anak.

Yusman berkata arwah juga baru seminggu membeli sebuah motosikal terpakai berharga RM3,600 secara tunai untuk kegunaan isterinya.

Difahamkan, jenazah Mohammad Daud akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Geylang manakala jenazah Murni akan dibawa pulang ke Sungai Siput.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.055370 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list