CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18164|Reply: 0

[Johor] JPG SUMBANG RM250,000 KEPADA WAQAF AN-NUR

[Copy link]
Post time 13-2-2025 07:59 AM | Show all posts |Read mode

Foto Johor Corporation (JCorp)

IskandarPuteri – Johor Plantations Group Berhad (JPG) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) iaitu #JPGBerkat telah menyumbang RM250,000 kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad bagi tujuan pembelian bot penyelamat bencana dan ambulans.

Inisiatif tersebut secara tidak langsung mencerminkan komitmen teguh JPG dalam menyumbang bukan sahaja untuk aspek ekonomi tetapi juga mencakupi kesejahteraan sosial bagi memantapkan pengurusan bencana terutama berkaitan bantuan kecemasan di Johor seperti bencana banjir dan lain-lain.

Program #JPGBerkat juga menjadi platform untuk JPG dalam menyediakan sumbangan siginifikan kepada Waqaf An-Nur menerusi bantuan kecemasan semasa banjir, sekali gus memperkasa usaha agenda kelestarian, daya tahan dan kesejahteraan sosial.

Penghargaan turut dizahirkan oleh Waqaf An-Nur atas sumbangan #JPGBerkat yang dilihat dapat meningkatkan keupayaan pasukan sukarelawan Briged Waqaf untuk bertindak dengan lebih pantas dan cekap semasa berlakunya bencana, selain menunjukkan bagaimana tanggungjawab CSR ini boleh membawa perubahan positif dalam kehidupan masyarakat yang terjejas.

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menyaksikan Majlis Penyerahan Rasmi #JPGBerkat oleh YBrs Mohd Faris Adli Shukeri, Pengarah Urusan JPG kepada YBrs Bukhari Abd. Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Waqaf An-Nur pada Program Jalinan Ukhuwah di Simpang Renggam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.048096 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list