Hukuman sebat dilaksanakan secara terbuka. Foto Agensi
BANDA ACEH - Empat pesalah yang melanggar undang-undang syariah Islam berkenaan larangan judi dalam talian dikenakan hukuman sebat di tempat terbuka.
Hukuman berlangsung di Kompleks Bustanul Salatin di sini, pada Selasa (tengah hari waktu tempatan).
Media tempatan melaporkan, hukuman sebat terbuka itu merupakan pelaksanaan pertama untuk tahun ini.
Keempat-empat mereka dilaporkan telah melanggar undang-undang syariah menurut Pasal 18 dan 19 Qanun Aceh, Nombor 6 Tahun 2006, berkenaan larangan bermain judi dalam talian.
Mereka sebelum itu ditangkap pihak berkuasa ketika bermain judi dalam talian di dua lokasi berbeza di Banda Aceh. - Agensi
|