CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9846|Reply: 0

Lelaki ‘mati’ tunggang motosikal datang majlis pengebumian sendiri

[Copy link]
Post time 27-1-2025 09:16 PM | Show all posts |Read mode


BANGKOK  – Seorang lelaki yang disangka sudah meninggal dunia, tiba-tiba muncul pada majlis penghormatan terakhirnya di Wilayah Sakon Nakhon, Thailand, lapor portal berita MSNews semalam.

Kehadiran lelaki berusia 45 tahun dikenali sebagai Phet itu mengejutkan orang ramai setelah dia tiba dengan menaiki motosikalnya pada majlis tersebut.


Menurut portal berita Khaosod, pada mulanya, keluarga Phet dimaklumkan bahawa seorang lelaki yang sepadan dengan gambarannya telah ditemui mati akibat cuaca sejuk.

Selepas mendengar berita itu, keluarganya mula membuat persiapan dengan menyewa khemah, meja dan kerusi untuk majlis tersebut.

Namun, apabila adik lelaki itu yang dikenali sebagai Thongchai pergi ke Bangkok untuk membawanya pulang mayat mangsa, dia mendapati tiada tatu pada badan Phet.

Saudara-mara mereka kemudian menelefon Thongchai untuk memaklumkan bahawa abangnya pulang dalam keadaan masih hidup. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.042893 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list