(Gambar fail) Abu Dhabi - FOTO AFP
ABU DHABI: Abu Dhabi menduduki tempat pertama dalam senarai bandar raya paling selamat di dunia bagi 2025.
Menurut pangkalan data dalam talian, Numbeo, Abu Dhabi membolot 'ranking' itu bagi tahun kesembilan berturut-turut sejak 2017.
Agensi Berita Emiriah (WAM) melaporkan Abu Dhabi menduduki tempat pertama dalam penarafan yang membabitkan 382 bandar raya di dunia, tahun ini.
Ia mencerminkan usaha Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam merangka pelan, strategi dan inisiatif keselamatan yang unggul bagi meningkatkan kualiti hidup warganegara, penduduk serta pelawat.
Langkah polis memastikan keadaan selamat dan terjamin, serta usaha memperkukuh kepercayaan dalam kalangan masyarakat, telah menyumbang kepada pengiktirafan Abu Dhabi dalam senarai Numbeo.
Ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Abu Dhabi sebagai tempat pilihan untuk belajar, bekerja dan menetap.
|