CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 13262|Reply: 0

Penunggang basikal ikut rapat belakang treler

[Copy link]
Post time 21-1-2025 07:47 AM | Show all posts |Read mode


Kumpulan tersebut mengekori treler pada jarak yang amat dekat. - Facebook


SINGAPURA – Sebuah video tular di media sosial Singapura memaparkan perbuatan sekumpulan penunggang basikal mengekori sebuah treler pada jarak yang amat dekat, lapor laman berita Mothership semalam.

Video mengenainya dimuat naik oleh akaun Facebook Singapore Roads Accident kelmarin.

Dalam video tersebut, sekurang-kurangnya lima penunggang basikal mengekori treler tersebut di Lebuhraya Pantai Barat di Singapura.

Beberapa orang daripada mereka mengekori belakang treler, manakala tiga yang lain menunggang basikal di tepi kenderaan berat itu.

Kesemua mereka tidak memakai topi keledar atau peralatan keselamatan lain.

Tidak dinyatakan sekiranya terdapat sebarang tindakan telah diambil terhadap kumpulan tersebut. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2025 01:26 AM GMT+8 , Processed in 3.134338 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list