CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17277|Reply: 0

Kebakaran hutan di Los Angeles, tiada rakyat Malaysia terjejas

[Copy link]
Post time 8-1-2025 10:35 PM | Show all posts |Read mode

BOMBA Los Angeles memadam kebakaran di kawasan Altadena, California. FOTO AFP.

Putrajaya: Kementerian Luar Malaysia melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles, Amerika Syarikat sedang memantau dengan teliti kebakaran hutan di Los Angeles yang menyaksikan lebih 30,000 penduduk dipindahkan sejak Selasa hingga Rabu.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, kementerian itu yang juga dikenali sebagai Wisma Putra berkata kebakaran tersebut telah memusnahkan banyak bangunan dan membakar hampir 3,000 ekar (1,200 hektar) kawasan Pacific Palisades.



"Konsulat Jeneral sedang memantau keadaan secara aktif. Tiada laporan melibatkan rakyat Malaysia diterima setakat ini.

"Kementerian akan terus memantau perkembangan berkaitan kebakaran hutan dan memberikan kemas kini sekiranya perlu," menurut kenyataan itu.

Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia yang berada atau mengunjungi kawasan terjejas untuk berhati-hati, mematuhi arahan pemindahan tempatan dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui kemas kini rasmi.

Ia juga menggalakkan rakyat Malaysia di Los Angeles untuk mendaftar kehadiran mereka melalui sistem E-Konsular dan mengekalkan hubungan rapat dengan Konsulat Jeneral untuk kemas kini dan bantuan.

Bagi bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles. Pejabat tersebut terletak di 777 South Figueroa Street, Suite 600, Los Angeles, California.Konsulat Jeneral boleh dihubungi melalui telefon di +1-213-892-1238 atau melalui e-mel di mwlosangeles@kln.gov.my.


Disiarkan pada: Januari 8, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2025 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.087538 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list