CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 15828|Reply: 0

Nenek ‘kantoi’ beli barang dapur guna wang mainan

[Copy link]
Post time 8-1-2025 09:17 PM | Show all posts |Read mode

Wang kertas mainan yang dirampas di Lumajang, wilayah Jawa Timur. - Tribunnews


JAKARTA – Seorang wanita berusia 78 tahun di Lumajang, wilayah Jawa Timur ditahan selepas membeli beberapa bahan keperluan asas menggunakan wang kertas mainan, lapor portal berita Tribunnews semalam.

Ketua Polis Tempeh, Inspektor Samsul Arifin berkata, suspek bernama Kunci Wasiawati, membelanjakan kira-kira 390,000 rupiah (RM110) di kedai runcit berhadapan rumahnya.

“Pemilik kedai membuat laporan kepada polis selepas wang kertas yang diberikan kelihatan pelik.

“Semua wang kertas itu adalah mainan dan bukan wang palsu. Ia sangat mirip dengan wang asli,” kata Samsul.

Suspek juga didapati menyimpan wang kertas mainan dengan jumlah jutaan rupiah.

“Polis turut merampas 40 plastik yang terdiri daripada wang kertas mainan bernominasi 1,000 rupiah (RM0.27) dan 100,000 rupiah (RM28).

“Wang-wang kertas itu dibeli secara dalam talian,” tambahnya.

Siasatan sedang giat dijalankan. – AGENSI

Januari 8, 2025   sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.032391 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list