CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4306|Reply: 0

Lelaki naik jet ski belasah orang tengah tasik

[Copy link]
Post time 8-1-2025 06:25 PM | Show all posts |Read mode

Suspek memberhentikan jet ski dinaikinya dan membelasah mangsa di tengah tasik. - TIKTOK


JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan seorang lelaki memukul penunggang jet ski ketika berada di tengah Tasik Danau Toba, wilayah Sumatera Utara, lapor laman berita Detik hari ini.

Dalam video tersebut, seorang lelaki berkaca mata dan menunggang jet ski menghampiri seorang penunggang jet ski lain.

Lelaki tersebut memberhentikan jet ski yang dinaikinya sebelum naik ke atas jet ski mangsa.

Dia memukul mangsa beberapa kali dan mengeluarkan kata-kata kesat serta turut mengancam untuk membunuh mangsa.

“Saya bunuh awak di sini,” katanya.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu, penyerang dikatakan seorang pengendali perkhidmatan sewaan jet ski di kawasan tersebut.


“Kapten Malum (mangsa) dipukul oleh penyerang yang merupakan pengendali perkhidmatan jet ski lain di Danau Toba, Simanindo,” kata keterangan tersebut.

Mangsa merupakan pengendali perkhidmatan sewa peralatan sukan air, Seadoo Safari Samosir.

Sementara itu, Polis Samosir mengesahkan telah menerima laporan berhubung insiden itu dan sedang melakukan siasatan. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2025 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.057132 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list