CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 32408|Reply: 0

Helikopter pengawal pantai India terhempas di Gujarat, 3 terbunuh

[Copy link]
Post time 5-1-2025 08:54 PM | Show all posts |Read mode


Saluran televisyen tempatan menyiarkan rakaman asap hitam tebal yang kelihatan daripada helikopter yang terhempas di lapangan terbang Porbandar. - Foto AGENSI


NEW DELHI: Sebuah helikopter milik Pengawal Pantai India terhempas pada Ahad di negeri Gujarat, barat India, mengorbankan semua tiga kru termasuk dua juruterbang, menurut polis, lapor Xinhua.

Helikopter Ringan Terkini (ALH) Dhruv itu terhempas semasa penerbangan latihan rutin di lapangan terbang Porbandar, kira-kira 416 km ke barat Gandhinagar, ibu negeri Gujarat.

Menurut pegawai, helikopter berkenaan mengalami masalah teknikal sebelum terhempas.

Ketiga-tiga kru segera dikeluarkan dari lokasi kejadian dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan melecur teruk selepas helikopter itu terbakar sejurus terhempas.

"Malangnya, semua tiga kru meninggal dunia berikutan kemalangan ini," kata pegawai kanan polis Porbandar, Bhagirath Singh Jadeja.

Menurut Jadeja, kemalangan berlaku sekitar jam 12.10 tengah hari (waktu tempatan) ketika helikopter itu cuba mendarat di lapangan terbang Porbandar.

Polis India dan Pengawal Pantai sedang menyiasat punca nahas itu, katanya.

Saluran televisyen tempatan menyiarkan rakaman asap hitam tebal yang kelihatan daripada helikopter yang terhempas di lapangan terbang itu.

Januari 5, 2025   sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2025 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.912087 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list