CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8830|Reply: 0

[Pahang] Bomba selamatkan budak 6 tahun tertidur dalam kereta terkunci

[Copy link]
Post time 18-2-2024 11:45 AM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba melakukan penugasan membuka pintu kereta Proton Saga untuk mengeluarkan seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di Lipis semalam.

LIPIS: Anggota bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang terperangkap dalam kereta di hadapan sebuah pasar raya mini dekat sini kira-kira jam 3 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis, Haslizan Ramli, berkata seramai enam anggota bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan mendapati seorang kanak-kanak terperangkap dalam kereta Proton Saga.

"Kanak-kanak itu tertidur dalam kereta yang dikunci dari dalam dengan enjin masih hidup ketika penjaganya membeli-belah di premis berdekatan," katanya.

Katanya, usaha mengejutkan kanak-kanak berkenaan gagal dan anggota bomba bertindak membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas.


"Mangsa dikeluarkan anggota bomba dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Ibu bapa atau penjaga diingatkan berhati-hati dan tidak meninggalkan anak dalam kereta terutamanya ketika enjin dihidupkan dan dalam keadaan cuaca panas," katanya .

https://www.bharian.com.my/berit ... lam-kereta-terkunci

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2025 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.278068 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list