CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eda Ezrin Merintih Bila Akan Dibebaskan, Semakin Kurus – Bapa

6-6-2025 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1720| Komen: 29


 


Bapa kepada penyanyi dikir barat Eda Ezrin iaitu Wan Ismail Wan Yusuf berkata anaknya sering bertanyakan kepada mereka bilakah dia akan dibebaskan selepas lebih tujuh bulan di Penjara Wilayah Narathiwat.

Memetik Harian Metro, Wan Ismail berkata dia sudah menjangkakan penahanan anaknya itu akan dilanjutkan dan Eda sering merintih bilakah dia akan dibebaskan serta badannya juga kini semakin susut.

Sementara itu, Wan Ismail berkata besar harapan mereka sekeluarga mahu sambut Aidiladha bersama namun dia reda kerana undang-undang di negaea itu tidak sama dengan Malaysia.

“Eda Ezrin sering merintih dan bertanyakan kepada kami bila dia akan dibebaskan, badannya juga kini semakin kurus selepas lebih tujuh bulan berada di Penjara Wilayah Narathiwat.

“Sedih, terkilan, reda… Macam-macam dalam fikiran saya bila mengetahui penahanan Eda Ezrin sekali lagi dilanjutkan sehingga bulan depan.


“Selepas bulan depan, kami juga tidak tahu apa nasib Eda Ezrin kerana dimaklumkan kes itu boleh dirujuk ke Mahkamah Agung pula.

“Saya sendiri keliru sedangkan keputusan Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 6 Mac lalu mendapati anak saya serta yang lain tidak bersalah.

“Walaupun sedih, saya terpaksa reda dan akur dengan segala keputusan memandangkan undang-undang di negara sana (Thailand), tidak sama dengan negara kita,” katanya.

Tambah Wan Ismail lagi, Eda tertanya-tanya mengenai nasibnya dan dia tidak sanggup untuk bertemu dengan anaknya itu kerana terlalu sedih dan hanya bekas isterinya yang berjumpa Eda setiap minggu.

“Saya sendiri tidak sanggup untuk bertemu anak saya di penjara kerana terlalu sedih memikirkan apa yang berlaku. Disebabkan itu hanya bekas isteri yang berjumpa setiap minggu dan akan memaklumkan sebarang perkembangan kepada saya,” katanya.

Semalam, media melaporkan penahanan Eda Ezrin, suami dan empat rakan dilanjut sehingga 6 Julai depan.


Sumber – Harian Metro, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zad78 6-6-2025 09:20 AM
BEY SOBAR BEY.....
Quote bluebutter 6-6-2025 10:17 AM
Entah lah kan....

Rasa nya dia tahu apa dia buat tu Salah.
Kan ada fikiran....

Macam macam cara orang cari rezeki...

Macam macam!.
Quote lasagna 6-6-2025 10:22 AM
baik ko merintih dgn Allah jer dik..
masa buat dah sedap tak ingat, hepiii..
dah kedalam camni ko merintih tya bila nk keluar?
merasa laaa khifarah di dunia ni..
Quote cruz2 6-6-2025 10:28 AM
I hope, geng2 founder timbang kilo kat negeri sana tu yg pakat dok flex kekayaan kemewahan walhal dtg dr hasil haram pon bakal terkena kifarah tk lama lg. Bodow sungguh yg dok beli produk timbang kilo diaorg ni
Quote prettyuglybabe 6-6-2025 10:32 AM
masuk penjara negara orang tau kau merintih akur dengan law..
cuba orang asing masuk penjara sini..
kemahen bising kenapa gomen tahan bla bla bla..
Quote nanasno 6-6-2025 10:50 AM
bakpe buat gitu kak weyyyyy. bey soba beyyy saja laaa
Quote ezacbee 6-6-2025 10:53 AM
Dah tau SALAH. Kenalah tanggung.

Lainlah dianiaya.
Quote doubleA 6-6-2025 11:01 AM
Terpaksa tanggung akibat perbuatan sendiri. Memang dah ke mahkamah tinggi sebab amount dadih tu banyak. Undang2 thai memang no mercy pada org luar so hati2 lah
Quote pocongkiutss 6-6-2025 11:13 AM
so what? mak bapak yg merintih sbb anak2 diorg terjebak dgn dadah pulak macamana?

sskjp kt socmed kemain husnuzon dgn dia..hrp sskjp acik porem tak sebegini yach..acik porem ada kelas
Quote emera 6-6-2025 11:23 AM
X kesian langsung
Quote imransulaiman 6-6-2025 11:51 AM
Look at the bright side - kau dapat kurus, kau dapat bersihkan sistem tubuh badan daripada benda terlarang...
Quote anggeriklatifah 6-6-2025 12:08 PM
pocongkiutss replied at 6-6-2025 11:13 AM
so what? mak bapak yg merintih sbb anak2 diorg terjebak dgn dadah pulak macamana?

sskjp kt socmed k ...

Betul Weyy..komen2 kat fb kemain eh...just  untuk doa yg baik2 untuk dia ni..terutama jantan2 punyaa komen..kemain yg baik2 ucapan...tapi bab politik...bola....kak km...kemain diorng mulut cam  siaalll jaahanammm hansuang..
Quote namr 6-6-2025 01:24 PM
padan muka, mereput la kau dalam jel tu
Quote zehra2 6-6-2025 03:20 PM
bersambung- sambung ekk..
negara org. ikut undang² dia la
Quote prince_marhaen 6-6-2025 03:37 PM
Kalau tak kantoi....dah berapa ribu pulak ibu bapa menyesal anak amik dadih yang kau jadi tokan tu sundellll????? merempat lah kau kat sana..
Quote Prickford 6-6-2025 04:03 PM
Benci la. 6000 pil kuda on the way nak rosakkan bangsa & agama. Nak merosakkan golongan belia & rakyat tempatan. Meletakkan negara Malaysia di dalam keadaan bahaya bila rakyatnya dirosakkan dgn dadah. Elok merempat terus dalam penjara tu.
Quote nonymous 6-6-2025 04:10 PM
Lagi kesian dgn anak muda yg rosak masa depan mereka dgn pil kuda, rosak institusi keluarga dengan anak dok bunuh makpak, bapak bunuh anak, suami kelar anak dan isteri disebabkan najis dadah. Tokan dadah yg kaya dr hasil merosakkan anak bangsa patut pupus jelah.
Quote pocongkiutss 6-6-2025 04:43 PM
zehra2 replied at 6-6-2025 03:20 PM
bersambung- sambung ekk..
negara org. ikut undang² dia la

Kalau kt sini..mesti lepas dh tu
Quote MissVixen 6-6-2025 04:44 PM
Punya banyak dadah tapi masih hidup lagi. Thailand takde hukuman gantung sampai mati ke?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.067795 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top