CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Dikelilingi ramai perokok, wanita tak merokok tanggung derita 4 kali paru-paru kena tebuk

19-5-2025 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 574| Komen: 7|Original author: tatod

1000037115.jpg



DI sebalik kisah perokok-perokok yang berdepan masalah kesihatan, masih ramai sebenarnya tidak endah dan meneruskan tabiat buruk itu seperti biasa.


Di TikTok, seorang wanita turut berkongsi kisah dirinya yang mengalami masalah kesihatan walaupun dia bukan seorang perokok.


Menurut pemilik akaun Sistihah00, dia merupakan perokok pasif iaitu golongan yang tidak merokok tetapi sering terdedah kepada asap rokok.


"Sekarang viral pasal orang hisap vape dan rokok kena tebuk paru-paru kan? Tapi untuk aku pula, aku kena tebuk sebab perokok pasif.


"2017 paru-paru sebelah kiri dua kali kena tebuk dan 2019 sebelah kanan dua kali kena tebuk.


"Jika ada nyawa yang terkorban disebabkan terhidu bau asap vape atau rokok yang korang hisap, akan bertanggungjawablah korang di akhirat," tulisnya.



1000037113.jpg


Dalam hantaran di TikTok, dia turut memuat naik foto ketika sedang terlantar sakit di hospital.


Tambah wanita itu, dia masih terasa kesannya sehingga ke hari ini walaupun sudah lama menjalani pembedahan.


"Sakit tu hanya Allah yang tahu macam mana. Sampai sekarang kesan sakit saraf tu masih ada sebab baring terlentang atas katil lama sangat tanpa mengiring kiri atau kanan.


"Saya sebagai pesakit nak beritahu waktu ini (sakit) saya tak makan benda mengarut dan banyak benda berpantang makan.


"Tapi boleh terkena sebab orang sekeliling ramai perokok tegar dan waktu tu tak famous lagi vape ni, jadi tak ramai orang hisap vape," ceritanya.


Dalam hantaran sama, dia turut memberi peringatan kepada orang ramai agar berwaspada dan tidak menjadi mangsa sepertinya.


"Alhamdulillah sekarang dah sihat. Sakit ni sebelum waktu kahwin lagi. Jadi kalau boleh tak nak kena lagi sebab dah trauma.


"Kajian menunjukkan risiko penyakit jantung dan kanser paru-paru meningkat bagi perokok pasif yang terdedah dalam jangka masa panjang.


"So beringatlah ya. Saya dah terkena, harap korang tak terkena," ceritanya lagi menerusi hantaran yang meraih lebih 2 juta tontonan itu. - mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 19-5-2025 10:00 PM
Moga sihat2 selalu
Quote AceHand 20-5-2025 02:39 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Dikelilingi ramai lelaki perokok ke laki kat rumah tu yang merokok...?


Jizzz... Klong! Klong!

Quote akw 20-5-2025 03:11 PM
vaksin pon macam punca
Quote BoongaKertas 21-5-2025 02:17 PM
iols punya style skrg, kalau lah terpaksa lalu tmpt area jantan2 ni vape/rokok, iols buat2 kibas tgn kuat2 hayun bsr2 tanda protes and bengang iols. tho iols rasa diorang bukan peduli pun kan.
Quote afie_m 21-5-2025 02:51 PM
cian, orang lain punya pasal, orang lain yang kena
Quote IzzahF 21-5-2025 03:54 PM
BoongaKertas replied at 21-5-2025 02:17 PM
iols punya style skrg, kalau lah terpaksa lalu tmpt area jantan2 ni vape/rokok, iols buat2 kibas tgn ...

dorang tak peduli pun. perokok2 tegar ni biasa hati kering dan takde common sense. kalau ada kesedaran sivik, 1st dia akan fikirkan pasal anak2 dan family sndiri...mesti dia stop. depan anak bini pun selamba hembus inikan pulak org lain...
Quote glump 26-5-2025 02:13 PM
mak mertua pun baru di confirmkan kanser paru2..anak n suami perokok tegar walau bukan perokok..tap tak tau dia dapat kanser paru2 dr mana

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2025 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.044868 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top