CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masuk neraka, macam tak pernah tengok payudara seumur hidup- Leona

17-5-2025 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 943| Komen: 14|Original author: Raline

1.png


Leona tidak menyokong tindakan membuli semula mana-mana individu terutama daripada kaum lelaki yang meninggalkan komen berbaur ‘nakal’ dalam akaun media sosialnya.

Menurut Leona, 22, tindakan membuli semula adalah perkara yang tidak disukainya selain dilihat menjadi trend negatif yang menular dalam kalangan netizen hari ini.

“Selalunya bila dapat komen negatif, saya hanya balas dalam hati. Cuma, kita perlu ‘moving forward’ dan jangan buli orang.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya selama ini tetapi menolak tindakan membuli semula individu lain.


“Kalau komen itu sangat mengganggu, cakap sahaja dalam hati.  Sebab kita tak perlu beri perhatian kepada golongan tersebut,” katanya dalam TikTok baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsi Leona selepas melihat ramai menyokong dan menyebelahinya apabila menerima komen berbaur lucah daripada seorang lelaki baru-baru ini.

Difahamkan, lelaki tersebut menyamar dengan menggunakan identiti orang lain dan meninggalkan komen jelek berkaitan payudaranya.

“Saya bukan jenis membaca komen netizen tetapi ada satu yang menarik perhatian ramai iaitu seorang lelaki yang meninggalkan komen jelek, bercakap tentang hal lucah.


“Perkara pertama yang terlintas dalam kepala saya ialah adakah dia tidak pernah melihat payudara sepanjang hidupnya?

“Saya sebenarnya tidak kisah (komen netizen) tetapi saya difahamkan individu tersebut menggunakan identiti orang lain sehingga melibatkan campur tangan sebuah universiti. Saya kasihan dengan individu yang sebenar,” ujarnya.

Dalam masa sama dia menyelar tindakan penyamar tersebut selain meminta membuat permohonan maaf kepada individu lain yang terlibat disebabkan kejahatannya.

“Buat individu yang menggunakan identiti orang lain itu, pergi cari kehidupan sendiri dan berhenti berpura-pura menjadi orang lain.

“Awak tahu perkara itu salah tetapi kenapa buat juga? Tak takut dengan dosa ke?

“Saya boleh maafkan awak namun, orang lain tidak. Awak akan masuk neraka, maka jadilah individu lebih baik,” katanya lagi.

Leona bagaimanapun tidak memperincikan komen lucah yang diterimanya daripada individu tersebut.


Sementara itu, meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Leona mengendalikan perkara negatif yang hadir dalam hidupnya.

“Dia seorang yang sangat bagus, bukan semua orang mampu berdepan dan membalas perkara negatif sebegini dengan tenang.

“Saya perlukan mentaliti positif sebegini. Terus jadi pempengaruh yang boleh menjadi contoh orang ramai,” komen netizen.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dagusengett 16-5-2025 10:53 PM
block jelah komen2 mcm tu
time muda ni jelah nak tayang2 ni
dah ada suami nanti takkan nak galak pulak kan
Quote nolya 17-5-2025 12:35 PM
Alahai Leona....., tak payahlah cakap soal neraka kalau awak sendiri yg 'menjemput' orang lain masuk neraka.  
Quote Carcosa 17-5-2025 01:16 PM
Budak ni satu je saving grace dia.
Dia pandai. So acik2 yg panas mata dok me lazer beam kan dia, at least dia ni pandai belajar.
Anak2 komer yg bertutup litup dok selpie ke kanan, selpie ke kiri, sekolah tara mana?
Quote syirazee 17-5-2025 01:21 PM
pandai akademik satu hal la...tapi adab dan sopan sebaiknya seiring barula kena.
Quote gideoncross 17-5-2025 04:08 PM
Pkai sksi2 pstu expect llaki x tngok lol
Quote Akalditipumata 17-5-2025 08:50 PM
Me ade kwn yg terbiasa dgn environment dia sebegitu.. terdedah sana sini.. pndai jgk.. tp seksi.. dia dh terbiasa mcm tu.. dibesarkan begitu..phm x mksud iolz? Mcm nitizen2 jgk.. jarang tgk terdedah.. bila tgk terus terbeliakkk.. gitu la..[em:4:]
Quote Buritan 17-5-2025 09:27 PM
Kopek disana.. Kopek di siniii

Quote airmineral 17-5-2025 10:57 PM
Halal haram syurga neraka tu scary la nak dibidas..
Quote likilu 17-5-2025 11:31 PM
Akalditipumata replied at 17-5-2025 08:50 PM
Me ade kwn yg terbiasa dgn environment dia sebegitu.. terdedah sana sini.. pndai jgk.. tp seksi.. di ...

Tapi kawan kawan dia even make dia pun body elok

Bagus dia ni tak body conscious tunggi self confidence oadahal sebelum ni dia kurus kan lainlah dah biasa gem gem Tek sar Dari dulu
Quote Akalditipumata 17-5-2025 11:36 PM
likilu replied at 17-5-2025 11:31 PM
Tapi kawan kawan dia even make dia pun body elok

Bagus dia ni tak body conscious tunggi self conf ...

Sekonfiden cuolzz lots of typo error.. kekekekke apo!?
Quote MisXoXo 18-5-2025 06:42 AM
Dia ni membesar dgn xda org yg sexy mexy baik belah dia or belah ayah dia.belah ayaah dia elok ja family normal.dia pun sepupu2 pun bkn sexy.dia sekolah kt hartamas dan sek men kerajaan yg mmg budaya sek biasa.dia bdk pandu puteri yg diterapkan dgn budaya timur.sexy ni dia sendiri yg bina imej ni.sendiri sexy kan diri.mak dia simple aja dgn tshirrt aja.sempoi.sendiri bina imej seksi dn bila kena kecam..salahkan diri ajalah leona oiii
Quote adelea 18-5-2025 02:16 PM
syirazee: pandai akademik satu hal la... ...


Dia mmg budak baik
Cuma dia suka menyeksi …
Iols rasa just the matter of time .. nanti di kawen mesti jadi cam mama dis
Quote cm_vungtau 18-5-2025 07:07 PM
Kalau pun orang lain pernah tengok payudara, yang ko pergi tayang beria tu kenapa? Ko tak payah nak tunjuk cheap untuk nampak cantik
Quote cm_vungtau 18-5-2025 07:09 PM
Carcosa replied at 17-5-2025 01:16 PM
Budak ni satu je saving grace dia.
Dia pandai. So acik2 yg panas mata dok me lazer beam kan dia, at  ...

Takde la pandai pun. Uni of Bath aje.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.062587 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top