CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muat naik perkongsian sedih, Shuib, Watie lalui fasa kehilangan?

14-5-2025 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2647| Komen: 27|Original author: tatod

1000033963.jpg



PETALING JAYA: Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah seolah menyampaikan khabar duka selepas berkongsi mengenai seorang ibu kehilangan anak.


Menerusi perkongsian di Instagram, Watie turut memuat naik paparan gambar seorang ibu yang menangis ketika melihat bayinya berlalu pergi sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi.


“Saat kehilangannya. Dia adalah luka yang tak bisa aku benci. Aku masih ingat hari itu, waktu itu, jam itu aku kehilangan seseorang yang amat aku sayangi. Mulutku ikhlas tapi hatiku hancur.


“Memang kehilangan itu tidak membunuhku, tapi sesuatu dalam diriku mati hari itu,” katanya.




Dalam masa sama, isteri kepada pelawak itu turut meninggalkan tanda hati yang retak dan emoji sedih serta tanda pagar ucapan Hari Ibu untuk dirinya sendiri di ruangan kapsyen.


“11 Mei 2025 #selamathariibumummy,” tulisnya.


Menyedari perkara itu, Shuib turut meninggalkan komen berbaur reda dengan ketentuan takdir malah sempat menitipkan kata-kata semangat buat isteri tercinta.


“Selamat Hari Ibu, Mummy. Insya-Allah, Allah Maha Baik, Allah tahu yang terbaik untuk kita. Daddy sayang Mummy,” komen Shuib.


Meskipun tidak memberitahu sebarang perincian mengenai perkongsian tersebut, rata-rata netizen mendakwa pasangan itu baru sahaja melalui fasa kehilangan anak.




Malah, ada juga yang menitipkan kata semangat dan berharap Watie tabah menghadapi segala ujian di ruangan komen.


Terdahulu, timbul dakwaan dalam kalangan netizen bahawa pasangan itu bakal menimang cahaya mata selepas ada yang mendakwa ternampak ‘baby bump’ pada perut Watie.


Bagaimanapun, sehingga kini Shuib mahupun Watie tidak mengesahkan khabar angin itu sebaliknya meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik buat mereka.


Terdahulu, Shuib dan Watie telah mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.




Shuib sebelum ini berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan,4.-UTUSAN




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 13-5-2025 06:19 PM
Ni klu aku maki kata aku takde simpati pulak. Ko nak suruh netizen berspekulasi ko gugur ke acikk oiiii huh
Quote Minami2013 13-5-2025 06:39 PM
Soeb ni upah reporter ke.. apsal byk betul news psl dia dan keluarga À
Quote makcun14 13-5-2025 07:28 PM
meols dengarr she bukan first time kehilangan.dulu she berani menghilangkan apa yang terjadi hasil perbuatan terkutuk now tragedi kehilangan pulak.
benar la kifarah itu pasti
Quote jihyomelly 13-5-2025 08:13 PM
takziah kalau betul..lps ni sudah2 la sampai luar dlm nak bgtau…
Quote Manusiabesa 13-5-2025 08:27 PM
makcun14 replied at 13-5-2025 07:28 PM
meols dengarr she bukan first time kehilangan.dulu she berani menghilangkan apa yang terjadi hasil p ...

Dgn lelaki mana. Soip gak ke.
Terus terang je la mokcun dh alang2
Quote Hoola 13-5-2025 08:52 PM
hari tu komen perut bini kata mkn byk ke simething like that

xpe lah
ada byk hal2 utama, negara dan donia yg rkyt nk amik tahu
Quote slyfynx 14-5-2025 04:29 AM
Deme ni mmg marketing jul cite sedih ke hape
Quote noor2 14-5-2025 07:07 AM
Shuib ni mmg muka orang Indonesia abis...tambah2 pakai pakaian mcm ni...ke mmg ada darah keturunan Indonesia...
Quote prince_marhaen 14-5-2025 09:33 AM
nanti jap lagi share pulak pergi honeymoon anak2 tido sekatil susah nak beromen...
Quote royaldanish 14-5-2025 09:46 AM
Orenn1 replied at 13-5-2025 10:19 AM
Ni klu aku maki kata aku takde simpati pulak. Ko nak suruh netizen berspekulasi ko gugur ke acikk oi ...

itula kan
bermadah helah sungguh
Quote MakcikTermenong 14-5-2025 10:42 AM
Tak abis-abis cite2 jijik 2 ekor nih..tunggang isu tue..tunggang isu nih...tapi ramai jugak pentaksub ini orang...
Quote acikonion 14-5-2025 10:55 AM
Nmpk mcm mmg btl baby bump. Takkan la seyakin itu nk pakai baju sendat kalau perut sekadar buncit
Quote awenda507 14-5-2025 02:17 PM
mmg btl dia keguguran kan? salam takziah. blh cuba lagi nanti ya watie
Quote nisako 14-5-2025 03:14 PM
takziah la cuba lagi
Quote dua_chzy 14-5-2025 03:20 PM
Padan muka sebab kau Soeb tadak poromer yang komen ni simpati.
Quote awanysss 14-5-2025 03:30 PM
annoying pulak membacanya..
si soeb ni masa nak berjimak satu dunia nak diberitahunya.. bila ada berita gembira dah pregnant ko diam2 pulak..
pastu ni mungkin gugur kot, ko lakibini saja nak bg org speku itu ini.. menyampah.. nak kesian pun tak jadi
Quote 800214 14-5-2025 03:53 PM
awenda507 replied at 14-5-2025 02:17 PM
mmg btl dia keguguran kan? salam takziah. blh cuba lagi nanti ya watie

Siap mimpi bintang hilang segala.. Always terpaling yaaa.
Quote orkid_amani 14-5-2025 03:58 PM
noor2 replied at 14-5-2025 07:07 AM
Shuib ni mmg muka orang Indonesia abis...tambah2 pakai pakaian mcm ni...ke mmg ada darah keturunan I ...

Dia mmg kulaan banjar belah parit buntar sana
Quote blakcswan 14-5-2025 04:01 PM
ni anak peknen masa kat Mekah ke..tp masa kat langkawi kawin dak eka tu peyut mcm da bsr padahal baru blk mekah selang sebulan 2..ke masa g mekah dah peknen...saja jaja cerita anak hasil kat mekah

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.035475 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top