BIMBANG mendapat reaksi negatif dalam kalangan penonton, pelakon Hafidz Roshdi sanggup menolak tawaran meskipun ramai penerbit yang mahukan dia berlakon. Kata Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 31, ia susulan kontroversi kes mahkamah yang melibatkan dirinya masih berjalan sejak dua tahun lalu. "Masih ada penerbit yang tanya khabar dan beri tawaran (berlakon) kepada saya. Cuma saya sahaja ragu-ragu sebab kes (pukul) masih berjalan. "Saya tidak mahu disebabkan saya, (cerita itu) akan jadi kontroversi. Ia merupakan perkara yang tidak baik," katanya. Hafidz ditemui di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Selasa selepas selesai perbicaraan kes pukul bekas isteri iaitu Nurul Shuhada.
Dalam prosiding itu mahkamah memutuskan dia kini sudah dilepas dan dibebaskan.
|
acikonion replied at 14-5-2025 11:02 AM
Dh boleh ambil job berlakon balik tp mgkn dh x dpt watak hero la
Misslalala167 replied at 14-5-2025 11:07 AM
Rasanya, sebelum cerai lagi dek hapiz ni dah x dapat tawaran hero.
heythere123 replied at 14-5-2025 05:41 PM
tolak tepi kes dia dengan ngai. In the first place kalau heols nak cari pompuan lain, settlekan dulu ...
kucingitam replied at 15-5-2025 11:15 AM
bukan peminat ngai tapi mesti tak follow perjalanan kes dan benang2 awal, kan. tak salahnya dia ca ...
heythere123 replied at 15-5-2025 01:26 PM
i stand by my words. Settle kan dulu hubungan pastu lantak la nak kawen berapa ramai pon.
ADVERTISEMENT