CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas tentera terjebak dadah kali ketiga dipenjara lima tahun, sebat

14-5-2025 07:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 88| Komen: 3|Original author: tatod

1000034288.jpg



KOTA KINABALU: Akibat tidak serik mengulangi kesilapan lama, seorang bekas anggota tentera dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah mengambil syabu buat kali ketiga.


Tertuduh, Mohd Fazli Badrun, 43, membuat pengakuan itu di hadapan hakim Amir Shah Amir Hassan, hari ini.


Sebelum menjatuhkan hukuman, hakim bertanya mengapa tertuduh terjebak dengan dadah walaupun pernah berkhidmat dalam tentera.


Mohd Fazli berkata dia dikelilingi individu yang terlibat dengan dadah, namun mengakui bahawa kesalahan itu dibuat atas keputusannya sendiri.


Hakim berkata beliau bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa hukuman berbentuk pencegahan wajar dikenakan, bukan sahaja untuk mengelakkan tertuduh daripada mengulangi kesalahan, tetapi juga sebagai peringatan kepada masyarakat.



Mohd Fazli didapati mengambil dadah pada 1 Mac lalu, jam 8 malam selepas keputusan ujian air kencing yang di balai polis disahkan positif syabu. Tertuduh mempunyai dua rekod sabitan lampau atas kesalahan yang sama.


Mohd Fazli didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(1) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap dan Mohd Fazli akan ditempatkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat menjalani hukuman.


Terdahulu, dalam rayuan, Mohd Fazli yang tidak diwakili peguam memohon agar hukuman diringankan atas alasan dia perlu menyara lima orang anak dan seorang isteri yang tidak bekerja.


Beliau turut merayu supaya diberi peluang untuk berubah dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama selepas dibebaskan kelak.


Namun, Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis memohon agar hukuman berat dikenakan, memandangkan kesalahan tertuduh adalah berulang dan serius.- UTUSAN BORNEO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 14-5-2025 11:04 AM
Kesian mak pak dia ni kena hadap anak keluar masuk penjara
Quote Carcosa 15-5-2025 11:45 PM
Dah high, kau tutuh bini kau. Beranak 5 kali. Kang keluar penjara, tutuh lagi. Keluar anak lagi. Ambik brg sbb kwn2, masuk jail lagi. Gitu jelah cycle hidop kau. Lipas induk membiak anak2 lipas.
Quote gigahertz 16-5-2025 11:32 PM
kalau askar jadi hantu syabu. negara dalam bahaya.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.040474 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top