CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bomba selamatkan 18 orang termasuk kanak-kanak terperangkap kepala air

13-5-2025 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1290| Komen: 10|Original author: tatod

1000033247.jpg



Ampang: Seramai 18 individu termasuk tujuh kanak-kanak yang sedang beriadah di Sungai Lepoh, Hulu Langat di sini, berdepan detik cemas hari ini apabila terperangkap akibat kepala air.


Mereka kemudiannya diselamatkan pasukan bomba yang menerima panggilan pada 5.09 petang.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dengan kekuatan tujuh pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.


"Komander Operasi melaporkan terdapat 18 orang terdiri daripada tiga lelaki, lapan wanita dan tujuh kanak-kanak terkandas akibat kepala air.


"Pasukan kemudian segera menjalankan operasi dan kesemua mangsa berjaya diselamatkan," katanya dalam kenyataan hari ini.



Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat seorang wanita yang mengalami sesak nafas diserahkan kepada pegawai perubatan untuk rawatan lanjut.


Katanya, operasi menyelamat selesai pada 6.32 petang. - HARIAN METRO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 12-5-2025 12:48 AM
Kenapa mcm bnyk btl kes membabitkan sungai kali ni.
Quote airfilterkotor 12-5-2025 11:03 AM
Satu berita lagi kat Gombak bt.12.
Pesen sama... tak aware sekarang ni musim apa. Janji dapat seronok anak banak.
Quote Decaffeinated 12-5-2025 01:41 PM
Kepala air ni a brief surge of water bila halangan pecah di hulu. Naik ke tempat tinggi dan tunggu dia pasti akan surut. Jangan panik.
Quote shernazz 12-5-2025 03:50 PM
Ayah iols pernah bawak weols ke sungai congkak dulu...lama dah...masa tu kete boleh je parking tepi2 jalan tu..
Saja dok tepi sungai..sebab ayah iols tak bg mandi..tengok2 je..
Pastu weols tengah dok2 tepi main2 air tu..ayah iols panggil naik..
Semua naik ..rupanya ada buih2 tanda kepala air..
Pastu ramai la siap2 nak naik
Quote bulan_gerhana 12-5-2025 04:08 PM
OOO yg ni lah smlm iols tak Kat berita.. Tapi x tak Dr awal.. Soo x paham berita Ape ni.. Bila Dr hulu Langat iols dah agak lama kepala air.. Then Tiber ckp Gombak pulak.. I is Confused.. Tapi Gombak pun byk sungai.. Tu yg xpe later mesti ade berita lagi.. Hah tudia..  Ade yg patah kaki.. Moga semua baik2 aje
Quote Skuau 12-5-2025 04:40 PM
airfilterkotor replied at 12-5-2025 11:03 AM
Satu berita lagi kat Gombak bt.12.
Pesen sama... tak aware sekarang ni musim apa. Janji dapat serono ...


takde apa2 musim pon sekrang..ke ada???
Quote rayna_raynes 12-5-2025 08:58 PM
airfilterkotor replied at 12-5-2025 11:03 AM
Satu berita lagi kat Gombak bt.12.
Pesen sama... tak aware sekarang ni musim apa. Janji dapat serono ...

Sekarang monsun barat daya, less rain, low humidity. Jadi bilanya orang nak berekreasi? Musim hujan sah2 tak boleh
Quote ctaz 12-5-2025 09:41 PM
tak payah la pergi tpt air2 terjun ni...kelaut pun sama...cuaca tak menentu sgt....
aku pun terpaksa gantung joran buat sementara...
Quote airfilterkotor 12-5-2025 11:21 PM
Skuau replied at 12-5-2025 04:40 PM
takde apa2 musim pon sekrang..ke ada???

Lembah Klang siang atau malam memang ujan tapi susah nak jangka. Tengah panas lit lit tetiba mendung teruih ujannn.
Quote airfilterkotor 12-5-2025 11:37 PM
rayna_raynes replied at 12-5-2025 08:58 PM
Sekarang monsun barat daya, less rain, low humidity. Jadi bilanya orang nak berekreasi? Musim huja ...

Screenshot 2025-05-12 233612.jpg
Aku pakai ni. Ni jam 11.15 malam tadi.
Banyak jer apps macam ni kat gugel play.  
Lembah Klang ni kalu petang/malam berselerak lokasi ujan.
Prevensyen is betta den abam bomba datang tolong.


Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.050306 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top