CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sekarang tomboi nanti jadilah gegirl, DS Vida teringin nak tengok Cik B ada anak

11-5-2025 10:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 946| Komen: 23|Original author: Raline

1.png


Sedar Cik B berimej tomboi, usahawan selebriti Datuk Seri Vida berharap anak perempuannya itu akan berubah penampilan dan kembali berperwatakan seperti lazimnya seorang wanita.

Bukan hanya itu, bersempena sambutan Hari Ibu, Vida atau nama asalnya Hasmiza Othman, 54, turut mengimpikan puterinya mempunyai pasangan hidup selain memiliki zuriat sendiri.


“Insya-Allah satu hari nanti Cik B akan jadi seorang anak bersikap ‘gegirl’ (keperempuanan), siapa kutuk Cik B tomboi satu hati nanti anda akan lihat sendiri.

“Saya tidak akan berdiam diri. Sebagai seorang ibu, saya ingin melihat kejayaan, kecantikan, kekayaan dan ingin melihat Cik B berumah tangga.

“Saya nak tengok sangat Cik B ada anak. Hari Ibu kepada saya adalah Allah anugerahkan putera dan puteri di dunia dan di akhirat,” katanya dalam hantaran Instagram.

Dalam masa sama, Vida bersyukur dianugerahkan cahaya mata dalam hidup walaupun mereka mempunyai kekurangan tersendiri.


“Kalau anda tengok saya terlalu manjakan Cik B, sebenarnya saya tak tahu nak ekspresikan macam mana rasa bertuah Allah anugerahkan zuriat kepada saya.

“Bila saya fikir balik, Cik B cakap ‘mama lahirkan Cik B begini (berisi), mama rasa sedih tak?’

“Saya cakap ‘taklah, cukup sifat pun alhamdulillah. Cik B hebat!’. Mungkin sebab faktor pemakanan, hormon, hidup selesa, semua saya sediakan untuk Cik B jadi dia berisi,” jelasnya.

Sebelum ini, Vida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali namun semuanya berakhir dengan perceraian.


Dalam perkahwinan pertama, Vida berkahwin dengan Mohd. Amin Yasin dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Eddie Zuhdie, Edrie Zikrie, Cik B atau nama lengkapnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin dan Kacak.

Namun, putera sulung dan keduanya meninggal dunia pada Ogos 2013 dalam kejadian kebakaran di kediamannya Meru Hill, Ipoh.


Sumber:Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ctfantasi 11-5-2025 10:04 PM
Harap cik b terbuka hati untuk turunkan berat badan..suka tengok konten sheols dengan kacak
Quote sukacactus 11-5-2025 10:27 PM
Cik b ni sebaya ank abby
Sorang mak harap dia kawin nnt, sorang lg dah xsabar gi kawin lari
Quote sharlenetexas 11-5-2025 10:30 PM
Orientasinya ke arah mana?


Quote sleepandream 12-5-2025 09:18 AM
teringat arwah bob ku2
Quote tepisket.. 12-5-2025 10:17 AM
Mak nya pon jenis xreti style kan anak ke? Ajar la pakai baju blouse skirt cantik2. Rambut tu trim la bagi nmpk ayu. ni kau harap je anak kau tu cantik tp dressup dia hadoii mak tolong. Budak laki umur 8 tahun pon keliru ingat dia abg2 kalau x dgr suara dia. Aku pnah jumpa budak pompuan autism mak dia dressup dia cute sgt sampai org terlupa anak dia tu autism. Ni ko normal pon x leh nak fikir cmne nak jd girl cantik.. pelik2
Quote Piramida 12-5-2025 10:51 AM
Doa byk2 lah tok vida...
Doa ibu di angkat.
Pastu bagilah sokongan moral...
bkn menggalakkan jadi mcm jantan.
Slowly berubah lah tu nanti.
Quote Prickford 12-5-2025 11:28 AM
Aku dok tengok Yati Sendayu Tinggi tu, dia siapkan anak2 dara dia kemas, elok. Walaupon muka so2 je, tapi pemakaian, sikap sopan tu, teratur la. Beza plak Tok Vida siapkan Cik B.
Quote bottombikini 12-5-2025 01:12 PM
tok bida ni udah2 la mencucuk bibio tu
Quote belilies 12-5-2025 02:01 PM
Dah macam mulut fuki dah mulut tok vida ni
Quote L.U.S.M 12-5-2025 04:09 PM
Ank ko bkn berisi tp obesiti
Quote anakpakmaun 12-5-2025 04:27 PM
Prickford replied at 12-5-2025 11:28 AM
Aku dok tengok Yati Sendayu Tinggi tu, dia siapkan anak2 dara dia kemas, elok. Walaupon muka so2 je, ...

anak yati yg bongsu tu sopan gila ....masa kecik2 biasa jer muka standard kanak2 kena sunburn haha..dah besar cantik pulakkkk..cara dressup cara bawak diri main peranan

cik B ni maybe nanti boleh jadi ayu jugak...cuma belum masanya
Quote immortallez 12-5-2025 07:22 PM
Pic tu serupa macam budak lelaki gemuk pakai kopiah. Jiwa Cik B nak jadi pengkid tapi gemuk. Gi la turunkan berat badan tu dulu baru stylo sikit nak jadi habang2
Quote cmf_premierleag 12-5-2025 08:04 PM
Nmpk busuk sgt anak ko ni bidahhh oii
Dgn leher berkerak2 mcm tu
Quote amyfaha 12-5-2025 08:10 PM
Semoga cikb xde feeling pd perempuan. Bahaya kalau da start ade feeling tu. Kwn meol umur 45 cantik cun melecun educated n kaya x kwin xde bf sbb penah tertangkap cintun dgn lessi. Kalau nk berubah pn susah nk timbul feeling pd laki. Jus sharing.
Quote hyie 12-5-2025 09:32 PM
tapi bukan ke kalau pengkid mesti berbadan gundu? pakej vontot lebar ye
Quote kaedahnya 12-5-2025 09:43 PM
Nak suh budak pompuan ni kuruskan badan cemana kalo mak dia pun BMI lebih.
Takpala cik b Ko Kan Kaya KO hire la persona trainer Ka apa Ka.
Quote Imkhai 13-5-2025 07:23 AM
tepisket.. replied at 12-5-2025 10:17 AM
Mak nya pon jenis xreti style kan anak ke? Ajar la pakai baju blouse skirt cantik2. Rambut tu trim l ...

Ko ingt cikB umur 6thn ke semua bj ko sarong bdk tu diam x berkutik ckp ngok nnt marah,cikB ni klau dia xsuka bnda yg org suruh bt ko bogel sekalipun dpn dia xadanya dia nk ikot apa yg ko ckp suruh bt
Quote Kekunci_Hitam 13-5-2025 08:16 AM
patotnya zaman sekolah rendah n menengah dia dah bimbing kearah gegirl tu.... sbb bila dah dewasa ni mcm susah nak ubah esp orientasi heshe
Quote helicornia 13-5-2025 09:23 AM
umo dah masuk 20an payah dah nak ubah
kawan iols gini le anak dia sampai dh umo 30 lebih raya pun pakai kurta tak mau pakai baju kurung
tak bole tunggu2 dah kalau nak dia berubah kena bertindak segera

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.035752 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top