Anggota kumpulan Dolla, Angel menafikan dakwaan menjalin hubungan cinta dengan Nadhir Nasar susulan foto dirinya yang dimuat naik pelakon itu di Instagram sehingga mengundang spekulasi dalam kalangan netizen.
Angel berkata, dia dan Nadhir tidak pernah keluar bersama, sebaliknya hanya berjumpa dalam majlis hiburan.
"Saya baru nampak gambar itu hari ini. Foto itu diambil ketika saya menghadiri sebuah acara hiburan.
"Sebenarnya saya seorang saja selebriti wanita yang ada pada majlis itu kerana hanya saya yang terbabit untuk sesi fotogtafi edisi keluaran majalah lelaki.
"Saya tak ada (hubungan istimewa dengan Nadhir). Mungkin kalau ada projek dan peluang untuk kerjasama saya tiada masalah. Kami hanya jumpa di acara hiburan saja, berjumpa kami tak pernah," katanya.
Menurut Angel, dia juga terkejut apabila pelakon itu memuat naik gambar dirinya di Instagram.
"Saya tidak begitu rapat dengan dia. Kami hanya kenalan 'hi, bye' sahaja. Saya juga terkejut bila dia muat naik foto saya.
"Cuma saya perasan juru gambar peribadinya ada mengambil gambar saya dan beberapa selebriti lain," katanya.
Ditanya mengenai gosip hubungan mereka yang menjadi bualan ramai sejak dua tahun lalu, Angel berkata, hubungan mereka tidak lebih sekadar kawan selebriti.
"Sebenarnya tidak ada perbezaan daripada dulu sampai sekarang. Kami hanya kenalan 'hi dan bye' bila berjumpa dalam majlis hiburan," katanya.
Semalam perkongsian Nadhir di Instagram mencuri perhatian ramai apabila turut memuat naik foto Angel ketika menghadiri sebuah majlis hiburan baru-baru ini.
Sebelum ini, pada 2023 timbul gosip antara Angel dan Nadhir apabila mereka saling berbalas komen di media sosial termasuk menggunakan emoji sama.
Bagaimanapun Nadhir menafikan dakwaan dirinya sedang bercinta dengan Angel.
Kata Nadhir, hubungan mereka hanya sekadar kawan dan komunikasi di media sosial bukanlah sesuatu yang serius di antara mereka.
Sumber : Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|