CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jaguh angkat berat negara, Aniq Kasdan pecah rekod kebangsaan di China

10-5-2025 11:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 154| Komen: 1

 


Kuala Lumpur: Jaguh angkat berat negara, Aniq Kasdan memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara snatch pada Kejohanan Asia di China hari ini, namun gagal menaiki podium dalam saingan kategori bawah 61 kilogram (kg) lelaki.

Aniq berjaya melakukan angkatan 125kg dan 128kg sebelum mencipta rekod baharu negara apabila mengangkat 132kg pada percubaan terakhir snatch.

Rekod terdahulu miliknya adalah 130kg yang dicatatkan ketika Sukan Olimpik Paris tahun lalu.

Bagaimanapun, juara Sukan Komanwel itu gagal dalam ketiga-tiga percubaan untuk mengangkat 163kg dalam acara clean and jerk, sekali gus tidak disenaraikan dalam kedudukan keseluruhan kejohanan.

Emas dimenangi atlet Korea Utara, Pak Myong Jin selepas mencatatkan 136kg dalam snatch dan 170kg untuk clean and jerk dengan jumlah keseluruhan 306kg.

Dua atlet tuan rumah, Wang Hao (142-163-305) dan Wang Min (134-160-294) masing-masing meraih perak dan gangsa.


Sementara itu, rakan sepasukan Aniq, Aznil Bidin turut berdepan nasib sama dalam kategori bawah 67kg apabila hanya berjaya mengangkat 160kg dalam clean and jerk β€” satu kilogram kurang daripada rekod kebangsaannya β€” namun gagal mencatat sebarang angkatan sah dalam snatch.

Atlet Vietnam, Tran Minh Tri memenangi emas dengan catatan 146kg (snatch) dan 172kg (clean and jerk) untuk jumlah 318kg.

Wakil China, Zheng Zinhao (147-170-317) meraih perak, manakala gangsa menjadi milik Bae Moonsu dari Korea Selatan (132-174-306).

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 10-5-2025 11:21 PM
Orang Sarawak letew kat warga Sarawak.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.036569 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top