CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 1

Jaguh angkat berat negara, Aniq Kasdan pecah rekod kebangsaan di China

[Copy link]
Post time 10-5-2025 11:04 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Jaguh angkat berat negara, Aniq Kasdan memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara snatch pada Kejohanan Asia di China hari ini, namun gagal menaiki podium dalam saingan kategori bawah 61 kilogram (kg) lelaki.


Aniq berjaya melakukan angkatan 125kg dan 128kg sebelum mencipta rekod baharu negara apabila mengangkat 132kg pada percubaan terakhir snatch.


Rekod terdahulu miliknya adalah 130kg yang dicatatkan ketika Sukan Olimpik Paris tahun lalu.


Bagaimanapun, juara Sukan Komanwel itu gagal dalam ketiga-tiga percubaan untuk mengangkat 163kg dalam acara clean and jerk, sekali gus tidak disenaraikan dalam kedudukan keseluruhan kejohanan.


Emas dimenangi atlet Korea Utara, Pak Myong Jin selepas mencatatkan 136kg dalam snatch dan 170kg untuk clean and jerk dengan jumlah keseluruhan 306kg.


Dua atlet tuan rumah, Wang Hao (142-163-305) dan Wang Min (134-160-294) masing-masing meraih perak dan gangsa.


Sementara itu, rakan sepasukan Aniq, Aznil Bidin turut berdepan nasib sama dalam kategori bawah 67kg apabila hanya berjaya mengangkat 160kg dalam clean and jerk — satu kilogram kurang daripada rekod kebangsaannya — namun gagal mencatat sebarang angkatan sah dalam snatch.


Atlet Vietnam, Tran Minh Tri memenangi emas dengan catatan 146kg (snatch) dan 172kg (clean and jerk) untuk jumlah 318kg.


Wakil China, Zheng Zinhao (147-170-317) meraih perak, manakala gangsa menjadi milik Bae Moonsu dari Korea Selatan (132-174-306).


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2025 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Sarawak letew kat warga Sarawak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.049073 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list