CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Selamba cas 'handphone' di masjid, terlupa guna elektrik untuk tujuan peribadi... Ini penjelasan mufti

10-5-2025 10:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 433| Komen: 6|Original author: tatod

1000032274.jpg



TELEFON bimbit merupakan peranti penting yang sering dibawa bersama ke mana sahaja, termasuklah masjid.


Namun timbul persoalan, apakah hukum menggunakan kemudahan tersebut dari sudut pandang Islam?


Perkara berkenaan dirungkai menerusi perkongsian di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.


"Pada asalnya, harta yang dimiliki oleh masjid adalah bersifat wakaf hasil daripada sumbangan umat Islam.


"Oleh yang demikian, kegunaan harta masjid termasuk penggunaan elektrik hendaklah berdasarkan niat para pewakaf.


"Bekas Mufti Mesir, Dr Ali Jum'ah menegaskan, secara fiqahnya, setiap perkara yang diwakafkan untuk masjid seperti karpet, lampu, penyapu, air dan lain-lain tidak harus digunakan kecuali untuk keperluan masjid," tulisnya.



Bagaimanapun ujarnya, dalam isu ini, mengecas gajet persendirian atau komputer riba pada asalnya adalah harus, jika digunakan untuk perkara yang baik dan berfaedah seperti membaca Al-Quran, pengajian agama, terdesak untuk menghubungi keluarga dan seumpamanya.


"Namun jika digunakan untuk tujuan kemaksiatan dan kesia-siaan, ia tidak diharuskan kerana bertentangan dengan matlamat asal maslahah harta masjid.


"Di samping itu, disunatkan bagi mereka yang menggunakan harta masjid untuk memberikan sumbangan kepada tabung masjid sebagai membantu meringankan kos perbelanjaan dan penyelenggaraan masjid demi kemanfaatan bersama. Wallahualam," kongsinya lagi.  - mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 11-5-2025 10:27 AM
Kat masjid ada coway cuckoo tu Bangla indon pati yg dtg buka puasa siap bwk botol amik air bergelen2 ape pasal ajk masjid xnasihat n halang?
Quote bluebutter 11-5-2025 10:10 PM
Alah berapa sen je pun.
Over nyer masjid surau ni.

I pernah lah nak istiqomah.
Masa jenjalan nampak surau sekyen 7 shah alam.
Tgh I solat asar.
Masa tu penuh aircond Kipas all ons.
Dah nak tahiyat akhir.
Semua bertutup.
Siap bau kepam karpet naik.
I punya hangin Tanya ngan budak jaga tu.
Kenapa tutup??? Suis semua tu?.
Dia Kata Ini arahan pakcik tu.
I dalam kepala, patut lah ramai malas nak solat.
Kemudahan tak ada.
Semua bergelap je.
Quote noah8670 12-5-2025 01:24 AM
bluebutter replied at 11-5-2025 10:10 PM
Alah berapa sen je pun.
Over nyer masjid surau ni.

jahatnya... takde belas langsung.. org tgh beribadah kot..

orang menderma untuk mendapatkan pahala, duit hasil derma tu buat bayar utilities, buat beli barangan bagi keselesaan jemaah masjid. dan selama itu penderma mendapat pahala.

kenapa ajk2 masjid ni buat mcm mereka yg mengeluarkan belanja, jangan sbb benda2 mcm ini buat org ralat nk ke surau/masjid.
Quote bluebutter 12-5-2025 09:52 PM
noah8670 replied at 12-5-2025 01:24 AM
jahatnya... takde belas langsung.. org tgh beribadah kot..

orang menderma untuk mendapatkan pahal ...

Itu lah tui.

Kata nama bagi sedekah. Kan???.

Ala..merata I pergi, masjid kat Kuala kubu baru, Kuala kangsar, raub, jengka, mana masjid cam tak modem sangat le, ala tak kata gak, masjid kat Taman tun depan bank bank tu pun sama, bergelap gelap kelam je.

Bila masuk tempat gelap gelap ni, mulalah kepala cam nak pening.

Lama lama, jahat tak I, I solat kat rumah Dan kat opis je.
Sekian pengakuan I.
I dah jadi jahat (jahat sikit ke jahat banyak?).
Maafkan I.
Quote KamikuP 13-5-2025 09:26 AM
ajk SURAU dan masjid ni kadang2 beso kepala mcm masjid dan surau tu hak deme.. apooo
Quote dekmieDandy 13-5-2025 10:27 AM
bluebutter replied at 11-5-2025 10:10 PM
Alah berapa sen je pun.
Over nyer masjid surau ni.

ni masalah kalau ada 'pakcik' serba tahu macam ni

kat masjid kami pun sama, ada yang terpaling, semua dalam masjid nak control

time jumaat, remote aircond dia letak dalam kocek dia je, orang lain tak boleh sentuh

ada satu hari tu, jemaah dah penuh, aircond dia bantai lupa buka, dua paling depan je dia bukak sebab dia saf depan kan, mana tahu yang belakang rasa apa

ada jemaah yang dah nak pengsan kat belakang, lemas

masalah kalau ex-cikgu disiplin nak jadi ajk masjid, dah habis sekolah pun nak tunjuk kuasa

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2025 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.416944 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top