CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ekin Cheng keras hati, tolak tawaran lumayan... Produksi siap ‘offer’ bawa Lin Dan berlakon sama

10-5-2025 10:42 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 381| Komen: 10|Original author: tatod

1000032206.jpg



PELAKON asal Hong Kong iaitu Ekin Cheng tetap dengan pendiriannya enggan menerima tawaran kembali berlakon dalam siri Young and Dangerous yang pernah dijayakan sebelum ini.


Biarpun pernah ditawar bayaran tinggi, namun Cheng, 57, tetap enggan menghidupkan semula watak Chan Ho Nam lakonannya itu.


Menurut seorang produser yang dikenali sebagai Manfred Wong, pihaknya memberikan tawaran tersebut namun ditolak mentah oleh Cheng tanpa alasan kukuh.


1000032207.jpg



"Tiada sebarang syarat, tidak perlu mengubah skrip. Apa yang dilakukan sekalipun dia tidak akan ambil tawaran ini," ujarnya.


Sementara itu pengurus kepada Cheng juga mendedahkan ramai penerbit yang berminat untuk melakukan penggambaran semula filem berkenaan.


Malah ada yang cuba memikat Cheng dengan cara menjemput pemain badminton Lin Dan untuk terlibat sama kerana tahu pelakon itu gemar sukan berkenaan.


1000032208.jpg


Bukan itu sahaja, ada juga penerbit berjanji akan menjalankan penggambaran di dalam studio supaya Cheng tidak perlu ke lokasi yang jauh.


Semua tawaran itu bagaimana tidak berjaya mencairkan hati Cheng.


Filem Yong and Dangerous ditayangkan pada 1996 dan memiliki enam siri kesemuanya. - mStar






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 10-5-2025 10:31 AM
Y sayang y?
Quote gorjeous 10-5-2025 03:40 PM
Masih handsome dia ni..
Quote acikonion 11-5-2025 02:48 AM
Dah 57 pun msh hensem lg... Kuat btl hati dia tolak offer wpun byrn tinggi... Dia takut kot Young & Dangerous kali ni x meletup
Quote wikedsaikel 11-5-2025 08:19 PM
Crush masa muda
Quote fatinandreanna 12-5-2025 03:50 AM
Kamon Ekin. Terima lah tawaran tu. Ramai je peminat Ekin yg sanggup tengok Young and Dangerous tu kat cinema. Ikonik kot watak Chan Ho Nam tu.
Quote zehra2 12-5-2025 06:33 AM
dlm young n dangerous tu kita paling suka jordan chan. korang amik laa ekin chen ni.
Quote Prickford 12-5-2025 10:57 AM
Opis aku kalau ada cina2 lelaki yg start grow rambut panjang, auto bos panggil Ekin.
Quote takayama 13-5-2025 06:53 AM
Di usia yg makin meningkat ni dia msh ganteng
Quote shark_eow7 13-5-2025 10:01 AM
ensemnyaaaa sampai ke tua..
Quote Cpkay 13-5-2025 12:18 PM
dia mmg tak mau berlakon lagi ke .. atau untuk cerita ni je ?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.060866 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top