CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nazir, Farik dilarang keluar negara 5 tahun, tak boleh tunai umrah, haji

9-5-2025 08:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1087| Komen: 14

 


KUALA LUMPUR – Polis mengenakan larangan perjalanan selama lima tahun terhadap dua pengganas warga Malaysia yang dihantar pulang selepas ditahan di Teluk Guantanamo, Cuba selama lebih 18 tahun.

Larangan itu dikenakan ke atas Muhammed Nazir Lep, 49 dan Muhammed Farik Amin, 48, yang mengaku bersalah dalam insiden pengeboman yang mengorbankan lebih 200 orang di Bali, Indonesia pada 2002.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, tindakan itu adalah sebahagian daripada persetujuan dengan kerajaan.

Menurutnya, Farik dan Nazir perlu kekal di dalam negara selama lima tahun termasuk tidak boleh melaksanakan umrah dan haji.

“Tiada sekatan untuk perjalanan dalam negara, namun mereka dinasihatkan untuk memberitahu polis berkenaan lokasi mereka untuk tujuan keselamatan,” katanya.

Sementara itu, Razaruddin berkata, kedua-dua lelaki itu sedang memberi tumpuan untuk membina semula kehidupan dengan keluarga.


Difahamkan, Nazir kini menanam cili dan menternak ayam dan kambing manakala Farik pula menjaga ibu bapanya yang sudah tua.

Nazir, Farik dan Encep Nurjaman atau lebih dikenali Hambali ditahan di Thailand pada 2003 dan kemudiannya dibawa ke lokasi tahanan rahsia sebelum dipindahkan ke pusat tahanan Teluk Guantanamo pada 2006.

Nazir dan Farik dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah tentera Amerika Syarikat pada Januari 2023 selepas mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan berkaitan serangan di Bali.

Mereka dibenarkan pulang ke Malaysia pada Disember tahun lalu selepas bersetuju memberi keterangan terhadap suspek utama iaitu Hambali.  


Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 9-5-2025 09:02 AM
ooo dah balik eh
Quote prince_marhaen 9-5-2025 09:43 AM
ternak ayam, kambing, tanam cili je tau...jangan nak buat markas rekrut pulak dalam kebun tu...
Quote babynina30 9-5-2025 09:20 PM
Ecah mst kenal pakcik2 ni
Quote newyork 9-5-2025 10:25 PM
Puncaaa
Quote syamzana 9-5-2025 11:49 PM
encep/hambali tu org malaysia ke mana?
Quote B40tastePosh 10-5-2025 11:59 AM
Jemaah Islamiyyah
Quote Skuau 10-5-2025 12:30 PM
prince_marhaen replied at 9-5-2025 09:43 AM
ternak ayam, kambing, tanam cili je tau...jangan nak buat markas rekrut pulak dalam kebun tu...


mohon depa diambik untuk buat..'tugas2 khas' aka 'black ops'....
Quote Prickford 10-5-2025 12:48 PM
Dorang dua ni dgn Hambali Indon tu kan. Tapi yg indon tu negara dia nak sebab nak fair trial. Masalahnya wanted bnyk negara kot. Once dah serah dekat US, mmg habis la masuk Guantanamo tu. Dalam tu kena seksa bagai. Takde nak bicara apa. Takde bukti apa. Harapkan deyols ni mengaku je. Pastu boleh plak tanak hal2 seksa tu leak ke mahkamah plak. Tak paham aku US ni.
Quote Firenzza 10-5-2025 05:13 PM
Diorg ni satu team dgn lect utm tu ke?
Quote Haibara-san 10-5-2025 08:05 PM
dah la dgn India & Pakistan dok berperang z bawak balik pulak dua org ni.. mmg sengaja mencari nahas ke apa.. klau dah sekali jd pengganas, pahaman dorg tu xkan berubah.. mesti dorg akan rekrut balik nanti.. tunggu je la nnti.. mesti ada jugak yg meletup kat bkt bintang tu kang.. dorg xleh keluar negara xsemestinya rekrut dorg xleh masuk sini kan??
Quote wikedsaikel 10-5-2025 08:10 PM
I don’t like them being here
Quote ayukpingu 12-5-2025 01:15 PM
wikedsaikel replied at 10-5-2025 12:10 PM
I don’t like them being here

semua org tak suka. aku pun tak suka. being terrorist ni pengkhianat negara. ramai tourist yg dah mati sebab mereka.

kalau ikutkan hati, penjara seumur hidup or end their life  kat sana lagi bagus.


Quote prince_marhaen 13-5-2025 09:41 AM
Firenzza replied at 10-5-2025 05:13 PM
Diorg ni satu team dgn lect utm tu ke?

Lect UTM pakar bom, ayah kepada Aisyah Hijanah Scammer laki bini Alif Larva Kuning tu.... yes---satu jemaah.
Quote Firenzza 13-5-2025 04:57 PM
prince_marhaen replied at 13-5-2025 09:41 AM
Lect UTM pakar bom, ayah kepada Aisyah Hijanah Scammer laki bini Alif Larva Kuning tu.... yes---sa ...

Thx infonya sis.... .x samgka anak beranak famous -ve way

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.056912 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top