CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tan Sri disiasat SPRM, disyaki terbabit pengubahan wang haram RM500 juta

9-5-2025 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 752| Komen: 5

 


PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat seorang tokoh korporat bergelar Tan Sri bagi membantu kes pengubahan wang haram bernilai lebih RM500 juta.

Menurut sumber, siasatan turut menjurus kepada unsur rasuah membabitkan beberapa pelaburan selepas penggabungan dua syarikat.

Katanya, beberapa lokasi termasuk pejabat dan kediaman telah diserbu bagi membantu siasatan.

“SPRM menjalankan penggeledahan di beberapa lokasi seperti pejabat serta kediaman suspek di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

“Fokus siasatan adalah menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 23 SPRM 2009, iaitu kesalahan salah guna kuasa dalam isu ganjaran (gaji, bonus dan syer), branding fee (bayaran jenama) dan private placement (penawaran saham) dari tahun 2012 hingga 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah sumber, siasatan turut dilakukan bagi mengenal pasti kesalahan lain seperti pecah amanah, salah guna dana dan pemalsuan dokumen di bawah Kanun Keseksaan.


“Tan Sri tersebut telah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM untuk rakaman percakapan pada 5 dan 6 Mei lalu bagi membantu siasatan. Tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat hari ini.

“Sebanyak 83 akaun bank milik lima individu dan 15 syarikat melibatkan nilai kira-kira RM158.26 juta telah dibekukan susulan siasatan ini,” ujarnya.

Dalam masa sama, tindakan penyiasatan tatakelola dalaman juga akan dijalankan oleh pihak SPRM.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 9-5-2025 11:24 AM
tan sri mana yang kat sapura?
Quote silance 9-5-2025 01:15 PM
"KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan pemilikan saham Sapura Energy Berhad (SEB) bernilai RM500 juta."


Bulan march lepas PMX kata nak suntik 1.1B pada sapura untuk tolong vendor kecil yang teraniaya dah siap buat keja. So sekarang boleh dapat half million dari orang ini.
Quote MarryPottet 9-5-2025 04:09 PM
Sesuailah buh nama kampeni Sapura - sapu duit + pura2 diversment plan utk sapu duit

Then bercekau teruk 2 beradik sampai saman menyaman berebut kampeni yg dah mereka "kerjakan" hingga tenat keadaan kewangannya
Quote kechikchomel 9-5-2025 04:22 PM
iolss type Tan Sri Sapura keluar ni

https://theedgemalaysia.com/node/743887

ada kena mengena ke?
Quote cmf_jeangrey 9-5-2025 05:24 PM
Cuba tiru Bill Gates..""People will say a lot of things about me when I die, but I am determined that 'he died rich' will not be one of them,"
Dan Rasulullah pun dah buat beribu tahun dulu
Duit habis utk kembangkan Islam
Atau dibelanjakn pd yg memerlukan
Bukan bercekau sampai tua ganyut tamak kuasa dan harta..


Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.062923 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top