|
WASHINGTON – Seorang wanita di negeri Kentucky terkejut apabila melihat timbunan kotak mengandungi 70,000 gula-gula lolipop di depan pintu rumahnya, lapor portal berita NBC news semalam. Hantaran mengejut itu ditempah oleh anak lelakinya yang masih kecil semasa bermain dengan telefon bimbit wanita berkenaan. Holly LaFavers berkata, dia cuba menghentikan pesanan yang dibuat oleh Amazon Liam, 8, untuk kira-kira 70,000 lolipop Dum-Dum sebelum ia tiba, tetapi sudah terlambat. “Amazon memberitahu saya bahawa dia mahu mengadakan karnival. Jadi, dia memesan Dum-Dums (lolipop) sebagai hadiah untuk karnivalnya. “Apabila saya melihat nombor itu, saya hampir pengsan,” kata LaFavers. Dia berhutang kira-kira AS$4,000 (RM17,000) untuk pesanan itu. – AGENSI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-4-2026 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.037660 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.